Berita gembira buat penerima bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP akan menyediakan bantuan barangan asasi bernilai RM150 setiap bulan melalui e-wallet Boost.
Bantuan ini bertujuan memudahkan asnaf bagi membeli barangan asasi kepada penerima bantuan bulanan MAIWP sedia ada.
Apa Itu Bantuan Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP?
Ia merupakan bantuan berjumlah RM150 sebulan melalui e-wallet Boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan asasi.
Bantuan ini disediakan buat 30,000 penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebelum ini MAIWP memperkenalkan program Kasih Asnaf Back to School di mana penerima zakat terpilih layak untuk menebus kelengkapan anak dengan menggunakan aplikasi e-wallet Boost.

Pelaksanaan Program
Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2022 melalui aplikasi e-wallet Boost.
Cara Memohon Bantuan Barangan Asasi MAIWP RM150
Bantuan ini disediakan kepada penerima bantuan bulanan sedia ada. Oleh itu tidak ada permohonan untuk bantuan ini.
Penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP sedia ada perlu hadir ke Pusat Agihan Zakat MAIWP (PAZA) berdekatan bagi membuat semakan dan kemaskini maklumat iaitu nombor telefon akaun boost.
Kepada yang belum ada aplikasi Boost perlu muat turun terlebih dahulu melalui pautan berikut;
Pengguna Android – >>Download Boost Pengguna Android<<
Pengguna IOS – >>Download Boost Pengguna Apple<<
Semakan dan Kemaskini Penerima

Penerima bantuan kewangan bulanan perlu hadir ke kaunter semakan dan kemaskini penerima bagi kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost.
Pemilik nombor telefon akaun Boost perlu hadir bagi pengesahan identiti.
Sekiranya penerima tidak tahu cara download dan menggunakan aplikasi boost, boleh ke Kaunter Boost yang disediakan bagi tujuan muat turun, daftar dan membuat pengesahan identiti.
Jika sebelum ini penerima bantuan MAIWP sudah mempunyai akaun Boost bagi bantuan peralatan sekolah Kasih Asnaf Back to School perlu juga hadir ke kaunter yang disediakan bagi tujuan pengesahan identiti.

Pembukaan Kaunter Pengesahan Akaun BOOST
Kaunter dibuka di semua Pusat Agihan Zakat dan kaunter ibu pejabat bermula :
- 11 April (Isnin) – 22 April 2022 (Jumaat)
- 10:00 pagi hingga 4:00 petang
- PEMOHON & PEMILIK Nombor Telefon Akaun Boost PERLU HADIR bagi PENGESAHAN ID
Bagi mengelakkan kesesakkan berlaku di PAZA, sebanyak 50 angka giliran akan diberikan kepada mereka yang hadir bagi urusan ini.
Senarai Kaunter PAZA bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah sebagaimana berikut;

Info dan Maklumat Lanjut
Ikuti media sosial MAIWP di Facebook, Instagram dan Twitter @maiwp

Lihat cara-cara memohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP