Monday, October 2, 2023
HomeBantuan Bakul MakananBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300/bulan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300/bulan

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Belanjawan Negeri yang dibentangkan pada 26 November 2021 lalu.

BINGKAS adalah antara inisiatif terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang bagi menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat bagi membantu kebajikan lebih ramai rakyat negeri ini.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga menampung perbelanjaan barang dapur, pendidikan atau apa-apa urusan keluarga yang memerlukan.

Apa Itu Bantuan BINGKAS?

BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu Ketua Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dan berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300. 

Bantuan ini adalah bantuan yang menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang telah ditamatkan pada 30 Jun 2022.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Jumlah Bantuan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Syarat dan Kelayakan

Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Bingkas

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

Cara Permohonan

Untuk memohon, anda boleh layari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut:

https://www.bingkasselangor.com/log-masuk

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Ahli

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Manfaat BINGKAS

  • e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

Senarai Barangan

Antara senarai barangan yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti beras, mi dan bihun, roti, biskut, telur, gula dan garam. Rempah ratus, sos, kicap, tepung. Minyak masak, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging ayam, lembu, kambing dan ikan, sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci, lampin pakai buang, produk tenusu, barangan persekolahan dan pendidikan.

Senarai penuh barangan keperluan yang diluluskan adalah sebagaimana berikut;

Senarai Barangan Yang Diluluskan BINGKAS

Senarai Panel Kedai

Antara senarai panel kedai bagi bantuan BINGKAS adalah;

  • 99 Speedmart
  • Mydin
  • Pusat Pakaian Hari-Hari
  • Sri Ternak Mart (SK) Sdn Bhd
  • Pasaraya Wah Fong Sdn Bhd
  • Yaqin Mart
  • ST Rosyam Tmn Ehsan Sdn Bhd
  • ST Rosyam Mart Sungai Buloh
  • Lalashop Fresh Mart
  • Azzain Mart

Senarai penuh nama kedai dan alamat kedai panel, sila rujuk pada laman web berikut;

https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai

Info dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari https://www.bingkasselangor.com/ 

Sumber: BINGKAS SELANGOR

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Apa Itu Bantuan BINGKAS?

BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu Ketua Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dan berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300. 

Berapakah Jumlah Bantuan?

RM 300 sebulan

Bagaimana Cara Memohon Bantuan BINGKAS?

https://www.bingkasselangor.com/log-masuk

Apakah Barangan Yang Boleh Dibeli?

Barangan keperluan asas seperti beras, mi dan bihun, roti, biskut, telur, gula, garam rempah ratus, sos, kicap, tepung dan lain-lain.

Apakah Syarat Permohonan?

– Warganegara Malaysia
– Lahir di Selangor atau Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
– Pemilih berdaftar di Selangor
– Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
– Pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!