Tahukah anda, sekiranya anda tidak mampu mendapatkan khidmat peguam apabila berdepan pertuduhan mahkamah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman secara percuma.
[Terkini] Kerajaan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan guaman menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, (YBGK).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan bantuan RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan pembelaan sewajarnya di mahkamah.
Apa Itu Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
YBGK telah ditubuhkan pada 2012 dan telah membantu ramai yang tidak berkemampuan mendapatkan khidmat peguam apabila berdepan pertuduhan di mahkamah.
Sejak penubuhannya, YBGK menjadi penyelia bantuan guaman terbesar negara dan telah membantu mewakili ratusan ribu orang dalam prosiding mahkamah.
Objektif Penubuhan YBGK
YBGK ditubuhkan bertujuan bagi –
- Memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah melalui peguam swasta kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan yang sewajarnya apabila mereka diwakili oleh peguam, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekuan;
- Memastikan semua pihak mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan;
- Menggalakkan, mengadakan dan membiayai dan menyelia penyelidikan berkenaan dengan bantuan guaman;
- Menjalankan program pendidikan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman orang ramai mengenai hak dan kuasa mereka di bawah undang-undang Malaysia; dan
- Menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai adanya bantuan guaman dalam perkara jenayah oleh peguam YBGK.
Bantuan Guaman Percuma Menerusi YBGK
YBGK menyediakan bantuan guaman percuma kepada warganegara Malaysia (tanpa mengambil kira jumlah pendapatan mereka) dan bukan warganegara di bawah umur 18 tahun semasa:
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara di bawah umur 18 tahun yang berpendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun layak menerima bantuan guaman oleh YBGK untuk:
Bagi perkhidmatan bantuan guaman yang melibatkan perbicaraan dan/atau rayuan, ujian kemampuan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan orang yang boleh menerima bantuan guaman tersebut.
Jenis Kesalahan Yang Layak Terima Bantuan Guaman
Bantuan guaman yang diberikan oleh YBGK meliputi semua jenis kesalahan jenayah, kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Namun, YBGK juga menyediakan bantuan guaman bagi tertuduh yang berdepan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi ianya terhad kepada bantuan guaman semasa tangkapan dan tahanan reman sahaja.
Lembaga Pengarah YBGK pada tahun 2014 telah memperluaskan perkhidmatan YBGK dengan memberi bantuan dalam menyediakan Petisyen pengampunan kepada banduan yang sedang menunggu hukuman mati.
Selain itu, YBGK juga telah membantu Kerajaan dalam perkara-perkara lain berdasarkan arahan Kerajaan. Contohnya, YBGK telah membantu dalam memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara pengisytiharan kematian penumpang dan anak kapal MH370.
YBGK hanya memberi perkhidmatan nasihat dan bantuan guaman bagi kes jenayah. Oleh yang demikian, YBGK tidak memberikan nasihat dan bantuan guaman dalam kes-kes selain daripada kes jenayah.
Jenis Nasihat yang Tidak Diberikan
Nasihat dan bantuan guaman tidak diberikan, antara lain, dalam perkara-perkara berikut:
Kes-kes sivil seperti kemalangan, kes perceraian sivil, probet, kemungkiran kontrak, penyewaan, tuntutan pengguna dan tuntutan hutang.
- Kes-kes syariah seperti kes perceraian syariah, jagaan anak dan faraid.
- Kes-kes pertikaian perusahaan seperti pembuangan kerja
- Kes-kes pertikaian antara individu
- Urusan pemindahan hak milik tanah
Selain itu, jika anda ingin membuat aduan berkaitan dengan sebarang kesalahan jenayah, anda dinasihatkan untuk terus menghubungi agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).
Cara Memohon Bantuan Guaman Percuma
Untuk mendapatkan perkhidmatan Nasihat dan Bantuan Guaman PERCUMA bagi kes jenayah, sila hubungi YBGK di
- TALIAN BEBAS TOL : 1-800-88-9245
Atau layari laman web;
Sumber: YBGK