Monday, June 27, 2022
HomePermohonanPermohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2021

Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2021

Bantuan kanak-kanak (BKK) merupakan salah satu daripada 11 jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang  bertujuan meringankan beban rakyat.

Dengan adanya bantuan kanak-kanak JKM ini, ia di harap dapat memelihara serta memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Sekiranya Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan ini, sila baca maklumat berikut dengan teliti.

Apa itu Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan bagi tujuan memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia mendapat pembelaan untuk meneruskan kehidupan yang kondusif.

Menyedari bahawa kanak-kanak adalah masa depan negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM berusaha keras untuk memastikan tiada kanak-kanak, terutamanya dari golongan kurang bernasib baik ataupun anak yatim ketinggalan untuk memperolehi kehidupan yang normal dalam kalangan keluarga mereka sendiri.

Kadar Bantuan

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Skim Bantuan kanak-kanak JKM - Kadar Bantuan

Tujuan

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kriteria Kelayakan Khusus

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

ATAU

  1. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Kriteria Kelayakan Khusus Skim Bantuan Kanak-kanak JKM

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERMOHONAN MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 

2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

PERMOHONAN SECARA ONLINE

eBantuan JKM - Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan

Permohonan bantuan kanak-kanak juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/ 

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Info dan Maklumat lanjut 

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Facebook JKM – https://www.facebook.com/myJKMHQ 
Facebook KWPKM – https://www.facebook.com/kpwkm 

SUMBER: Portal Rasmi Jabatan Kebajikam Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!