Permohonan Bantuan Khas OKU RM500 Selangor 2021

Bantuan Khas OKU Selangor | Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. 

Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1200 permohonan yang layak.

Objektif utama bantuan ini adalah membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pendemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap pengurangan gaji ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).

Oleh yang demikian, OKU yang terjejas boleh memohon bantuan khas ini sebagaimana berdasarkan maklumat dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat dan Kelayakan Permohonan Bantuan Khas OKU Selangor

1. Warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas

3. Pemegang Kad OKU JKM Selangor

4. OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19 

5. Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; ATAU Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun

6. Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga

7. Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan yang telah dicetak. 
  2. Cop pengesahan mastautin bagi pemohon bukan kelahiran Selangor. (pengesahan boleh dibuat terus pada borang).
  3. Salinan Kad Pengenalan permohon.
  4. Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.
  5. Salinan slip gaji terakhir dan surat pemberhentian pekerjaan sekiranya telah diberhentikan.
  6. Salinan surat pemakluman pemotongan gaji oleh majikan sekiranya gaji dipotong.
  7. Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (“Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Kampung/Ketua Masyarakat)
  8. Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja).

Maklumat Penting Permohonan

Had bantuan bagi setiap permohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya. 

Tarikh Permohonan Bantuan Khas OKU Selangor RM500

Permohonan akan dibuka bermula 1 Julai 2021.

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    1. Penghantaran melalui emel di [email protected] ; ATAU
    2. Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat;

Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian Hotline : 03-5481 8800

Senarai Dokumen Yang Perlu di Muat Turun

  1. Borang Permohonan
  2. Senarai semak dokumen
  3. Surat pengesahan pendapatan

Cara Pembayaran Bantuan

Pembayaran akan dibuat secara terus melalui EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon yang layak.

Info dan Maklumat Lanjut

Facebook: Anak Istimewa Selangor – ANIS

Instagram: anis_selangor

Laman web: https://www.anisselangor.com/

Youtube: Anis Selangor

Infografik

Soalan Lazim

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

Tidak Boleh. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon.

Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

Tidak Boleh. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM.

Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Boleh. Permohonan dibuka untuk usia 18 tahun dan ke atas sahaja.

Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja www.anisselangor.com/bantuanOKU

Saya bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun. 

Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Pemohon mesti menetap di Selangor sahaja.

Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Facebook Group INFO BANTUAN SEMASA 2021
Join-US-now-on-Telegram-Info-Bantuan-Rakyat
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; 👇
https://t.me/bantuanrakyatm
Scroll to Top