Tuesday, June 6, 2023
HomeBantuan IPTBantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) Pulau Pinang

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) Pulau Pinang

Permohonan Atas Talian Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi – IPT (iBita) Pulau Pinang

Sukacitanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan bagi memohon bantuan pendaftaran ke IPT (iBita).

Bagi pelajar yang yang menerima surat tawaran ke IPT pada bulan Januari hingga September 2022 boleh mengisi borang permohonan atas talian berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan maklumat berkaitan permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita).

Tarikh Permohonan

​​Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (BITA) dibuka mula 1 SEPTEMBER 2022 sehingga 30 SEPTEMBER 2022 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima sekiranya diluluskan adalah sebagaimana berikut;

  • Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 
  • Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00 
  • Politeknik Malaysia = RM300.00

Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

  1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/  . 
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja). 
  3. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang 
  4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja. 
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA: 

  • Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik 
  • Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran 
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar 
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga 
  • Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga 
  • Salinan Penyata Bank.Pemohon perlu mengemukakan salinan Penyata Bank (PELAJAR) 
  • Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja). 
  • Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. 

**Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.

Senarai IPTA/IPTS Yang Layak Memohon

Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi – IPT (iBita).

Senarai penuh kesemua IPTA/IPTS di atas boleh dilihat di laman portal iBITA melalui pautan berikut;

https://ibita.penang.gov.my/public/fr_faq.php

Info lanjut dan Pertanyaan

  • Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA
  • Boleh menghantar emel aduan/pertanyaan di portal IBITA kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut

Sila lihat nama pegawai, nombor telefon dan alamat jika ada pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini di laman berikut;

https://ibita.penang.gov.my/public/fr_hubungi.php

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!