Sunday, June 4, 2023
HomeBantuan IPTSkim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan Bantuan Pendaftaran ke IPT bagi tahun 2022 untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Skim bantuan pendaftaran  ini merupakan antara skim bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh YPJ buat anak-anak negeri Johor.

Anak-anak Johor yang berkelayakan bolehlah mohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.

Apa Itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?

Skim SBP ini adalah merupakan AGENDA 12 JOHOR BERKEBAJIKAN yang mempunyai objektif membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi terutama bagi mereka yang baru mendaftar. Sasaran YPJ ialah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000 – RM5,000 ke bawah.

Pemohon mestilah lahir dan menetap di Negeri Johor dan telah mendapat surat tawaran dari IPT. Dengan syarat pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.

Tempoh Permohonan

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka mulai 11 April 2022 dan ditutup pada 23 April 2022 (Sabtu)

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah sebagaimana berikut;

  • Diploma – RM500
  • Ijazah Sarjana Muda – RM1000

Syarat Am Permohonan

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & MARSAH);
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Dokumen Wajib

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

⏩ Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

⏩ Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan klik di pautan berikut;

https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

atau imbas di QRCODE di poster. 

Iklan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 (YPJ)

Cara Menghantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi maklumat berikut;

No Tel – 07-2344355

Whatsapp – 013-7290355

Laman web – www.ypj.gov.my

Facebook – Yayasan Pelajaran Johor

Sumber: Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?

Skim SBP ini adalah merupakan AGENDA 12 JOHOR BERKEBAJIKAN yang mempunyai objektif membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi terutama bagi mereka yang baru mendaftar.

Bilakah Permohonan Ditutup?

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka mulai 4 April 2022 dan ditutup pada 16 April 2022 (Sabtu)

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

– Diploma – RM500
– Ijazah Sarjana Muda – RM1000

Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan Ini?

Secara online melalui pautan berikut;
https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!