13 Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Untuk Bantuan SARA MyKASIH

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menerima sumbangan RM1200/RM600 melalui MyKASIH, kini boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan terpilih keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Penerima hanya boleh membeli barangan runcit asas yang diluluskan sahaja di kedai dan rakan runcit terpilih di bawah MyKASIH di seluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Semak Dahulu Lulus atau Tidak Sebelum Tebus

Supaya tidak menimbulkan kekeliruan ketika membeli atau menebus barang, anda dinasihatkan membuat semakan dahulu bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM1200/RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024.

Semakan boleh dibuat di portal MyKasih sebagaimana berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan Status MyKasih 2024- Layak dan tidak layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Download Aplikasi MyKasih di Telefon

Bagi memudahkan urusan juga, Kerajaan telah membangunkan aplikasi MyKasih bagi memudahkan urusan semakan baki terkini, semak barang, katalog produk yang boleh dibeli dan pencarian kedai MyKasih berhampiran.

Muat turun boleh dibuat melalui pautan berikut mengikut pengoperasian telefon masing-masing;

Bagi tujuan pengesahan dan keselamatan, penerima MyKasih perlu log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan nombor telefon ketika pendaftaran.

Selanjutnya 6 digit nombor OTP akan dihantar ke telefon masing-masing bagi tujuan pengesahan.

Setelah berjaya, penerima MyKasih boleh melihat status terkini SARA 2.0 di aplikasi masing-masing sebagaimana contoh berikut;

Aplikasi MyKasih SARa 2.0

Penerima SARA yang layak juga akan menerima maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini;

status whatsapp mykasih

Apakah Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Untuk Bantuan SARA MyKASIH 2024?

Untuk makluman, tidak semua barangan boleh dibeli bagi bantuan ini. Bantuan ini adalah  hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 
  11. Produk kebersihan,
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

13 Barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah 2024

Senarai Kedah / Pasaraya MyKasih di Semenanjung Malaysia

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut;

>>pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat<<

  • Klik Negeri > pilih negeri (contoh Selangor)
  • Taip Daerah, Contoh; Puchong
Cara cari kedai MyKasih Di Seluruh Malaysia

Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?

Ya, Boleh. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan;

“Mereka juga dibenarkan membuat urus niaga di kedai berbeza jika barangan keperluan yang mereka perlukan tiada dalam stok.

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Semakan Baki Terkini Bantuan SARA MyKASIH

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik

Anda boleh buat semakan baki terkini melalui kaedah berikut:

  • Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
  • Semakan di aplikasi MyKasih (Download di Google Play atau AppStore)
  • Semakan resit pembelian:
Semakan baki sara melalui resit pembelian

Tarikh dan Kaedah Bayaran

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 22 Januari bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 22 Januari 2024 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Siaran Media Kementerian Kewangan - Sumbangan Asas Rahmah 2024_03

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan pembelian barangan bagi penerima bantuan SARA MyKASIH;

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
iii) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM1200 – Isi Rumah (Kahwin)
RM1200 – Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1200 – Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 – Bujang

Bagaimana cara semakan Mykasih bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima
pada 1 hari bulan setiap bulan.

Di manakah boleh saya membeli barangan keperluan asas di bawah program ini?

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
 
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia?

Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
1) Portal Rasmi MyKasih: www.mykasih.com.my; atau
2) Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Scroll to Top