Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan September 2022

Memandangkan sudah memasuki bulan 9, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan September 2022 ini.

Beberapa bantuan boleh dipohon pada bulan September ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat ketika negara menuju pasca endemik dan kesan kenaikan harga barang.

Beberapa bentuk bantuan yang menjadi tumpuan utama adalah pembayaran BKM Fasa 3, Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 dan lain-lain amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan September 2022 ini

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan September 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Semakan kelulusan BKM  boleh dibuat  melalui laman portal My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Untuk pembayaran secara tunai ini, BSN memaklumkan bahawa pembayaran akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.

Notis BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM BSN

PerantiSiswa Fasa 2

Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 telah dibuka bermula 1 Ogos yang lalu bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri,  Kerajaan bersetuju untuk memberikan peranti kepada semua penerima PerantiSiswa tanpa perlu memulangkannya semula. 

“Kerajaan bersetuju beri terus tablet berjenama ini kepada penerima PerantiSiswa. Jadi tidak perlu pinjam, tidak perlu pulangkan balik”

Perdana Menteri
PerantiSiswa Hadiah Buat Mahasiswa

Permohonan Bantuan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online sehingga 30 September 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
  4. Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (2 semester);
  5. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  6. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  7. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Info lanjut berkenaan Bantuan PerantiSiswa ini, boleh layari https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ 

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan September 2022

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan September akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan September, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 September 2022.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan September, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan September.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membuka permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 sejak Mei yang lalu bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan pada tempoh yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, permohonan bantuan ini ditutup pada 15 September 2022.

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/ 

Syarat-syarat kelayakan BMT 2022 adalah sebagaimana berikut;

Syarat-syarat BMT

Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS)

Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. 

Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanakkanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Tempoh permohonan baharu program subsidi akan dibuka sehingga 15 September 2022.

Tarikh Akhir tuntutan MyCRS

Kelayakan bagi program ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Penerima bantuan BPR2021 atau BKM2022 dari kalangan B40 kategori isi rumah 
  2. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun 
  3. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda (penerima BKM) yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun 
  4. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN 
  5. Warganegara yang menetap di Malaysia

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui https://www.mycrs.gov.my/ 

Jumlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan. Berikut adalah jadual program subsidi bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual. 

Jadual Program Subsidi 

Jenis SubsidiHarga Jualan CRS Jumlah Subsidi
Subsidi 1RM300 ke bawahPotongan 50%
Subsidi 2RM301 ke atasRM150

Biasiswa Ibn Haitam Yayasan Universiti Multimedia

Biasiswa Ibn Haitam YUM Tarikh tutup 15 September 2022

Biasiswa Ibnu Haitham adalah biasiswa tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin sahaja untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.

Permohonan biasiswa ini ditutup pada 15 September 2022.

Syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Ibnu Haitham​;

  1. Terbuka kepada pemohon beragama Islam daripada keluarga berpendapatan B40 dan memenuhi kriteria Asnaf Fakir & Miskin yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor
  2. Kelayakan Akademik:
    1.  SPM: Minimum 4A
    2.  STPM/Asasi/Diploma: PNGK ≥ 3.00
  3. Sila sertakan surat tawaran program pengajian di MMU

Maklumat lanjut permohonan boleh layari laman web berikut;

https://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/

Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai 2022

Bantuan Kemasukan IPTA & IPTS Yayasan Sejahtera Kulai

Sukacitanya Yayasan Sejahtera Kulai membuka permohonan bagi Geran Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun 2022.

Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara sekali bayar (one-off) berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

Bantuan ini terhad kepada 30 orang penerima diploma dan 30 orang penerima ijazah yang layak sahaja.

Permohonan bagi bantuan ini ditutup pada 14 September 2022 (Rabu) sebelum jam 3.00 petang.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat Yayasan, laman Facebook Yayasan atau sila layari pautan berikut:-

https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view

Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Geran Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai, sila hubungi maklumat berikut

  • 07 6605348 – Pejabat Yayasan
  • 011-33945449 – Puan Azizah
  • 011-23415956 – En Zaimi

Bantuan Kewangan Pendidikan 2022 YPC Yayasan DayaDiri

Bantuan Kewangan Pendidikan 2022 YPC Yayasan DayaDiri

Permohonan bantuan kewangan pendidikan untuk pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (IPTA) di bawah Youth Prep Centre (YPC) Yayasan DayaDiri ditutup pada 30 September 2022.

Bantuan ini  dibuka kepada para pelajar universiti awam peringkat ijazah sarjana muda. Bantuan kewangan YPC-YDD akan diberikan secara sekali bayar.

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi bantuan kewangan pendidikan YPC-YDD 2022;

  • Warganegara Malaysia (Pribumi Sabah, Sarawak & semenanjung) daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu RM 4850 ke bawah sebulan.
  • Merupakan pelajar ijazah sarjana muda (Tahun 1 sehingga akhir) di universiti awam.
  • Mempunyai latar belakang akademik dan  kokurikulum yang baik.

Pemohon boleh membuat permohonan melalui mana-mana cara berikut;

i) Mengisi borang permohonan secara online melalui link di bawah;

https://forms.gle/JQqxvL5JLumcFTXi8

ATAU

ii) memuat turun borang permohonan melalui link di bawah;

https://drive.google.com/…/16KTOC…/view…

Bagi cara kedua, sila hantar permohonan yang lengkap sekali dengan dokumen diperlukan yang telah diimbas atau discan  ke alamat email berikut;

[email protected]

*nota: Anda hanya boleh memilih SATU cara memohon sahaja.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi YPC di talian 088-395632 (YPC) atau 014-8660224 (YPC Hotline). 

Scroll to Top