Permohonan Tanam Getah Secara Percuma 2024 RISDA

Permohonan Tanam Getah SECARA PERCUMA Tahun 2024 Telah Dibuka!

Anda mempunyai tanah / kebun getah tua yang tidak ekonomik?

Anda mempunyai tanah terbiar yang tidak diusahakan?

Anda tidak mempunyai modal untuk di laburkan pada tanah anda?

Jangan risau kerana ada bantuan Tanam Getah SECARA PERCUMA untuk anda.

Permohonan Tanam Getah Secara Percuma 2024 kini dibuka

Pengenalan Program Tanam Semula Getah (TSG)

Semasa

Program bantuan Tanam Semula pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan pokok getah baharu dari klon berpenghasilan tinggi. Bantuan disalurkan secara lima ansuran.

Berturut

Bayaran ansuran kedua hingga kelima program Tanam Semula

Syarat Program Bantuan 

Semasa
  1. Warganegara Malaysia 
  2. Mempunyai tanah milikan yang sah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum 40.0 hektar
  3.  Pemilik yang tidak mempunyai milikan yang sah perlu mendapatkan pengesahan agensi pelaksana @ pihak berkuasa tempatan
Berturut
  1. Selesai bayaran sepenuhnya ansuran sebelumnya
  2. Kebun getah diselenggara serta melaksanakan amalan pertanian baik (GAP)
  3. Sekurang-kurangnya 85% pokok hidup subur daripada jumlah pokok yang ditanam

Kadar Bantuan

  • Semenanjung Malaysia – RM 13,710 / hektar
  • Sabah – RM 14,955 / hektar
  • Sarawak – RM 14,805 / hektar

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran.

BORANG TS11 – Permohonan Bantuan Tanam Semula

Info Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini sila rujuk

RM676.4 Juta Untuk Pekebun kecil, Jaya Program Tanam Semula Getah

Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM676.4 juta tahun ini untuk pembangunan pekebun kecil di seluruh negara dengan separuh daripada jumlah itu adalah melalui Program Tanam Semula Getah (TSG) .

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata pihaknya sentiasa membuka ruang dan peluang kepada individu yang berminat untuk membangunkan industri getah di negara ini serta menjadi sebahagian daripada warga pekebun kecil RISDA.

“Mereka yang berminat akan menerima pelbagai program bantuan yang ditawarkan dengan nilai sehingga RM 38,800,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Usahawan RISDA dan Pelancaran Kempen TSG Peringkat Negeri Perak 2023, di sini, hari ini.

Noraini, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata selain menyediakan pelbagai pakej bantuan peningkatan ekonomi kepada pekebun kecil, RISDA juga membuka peluang yang sama kepada ahli keluarga pekebun kecil itu sendiri.

Katanya, pakej bantuan itu adalah untuk memastikan sasaran satu rumah pekebun kecil boleh menjana pendapatan sehingga RM4,500 sebulan menjelang akhir 2025 dapat dicapai sebaik mungkin.

“Melalui sasaran ini, program keusahawanan telah dirangka khusus bagi membantu pekebun kecil getah meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah, tidak hanya melalui hasil kebun getah, malah melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Menurutnya, semua pekebun kecil turut layak untuk menerima bantuan keusahawanan di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang mana melalui bantuan ini, pekebun kecil akan menerima bantuan sehingga RM20,000 dalam bentuk material pembangunan.

Noraini berkata, ketika ini, sektor pekebun kecil getah menyumbang 84.2 peratus hasil pengeluaran getah asli negara yang menunjukkan dominasi pekebun kecil sebagai pemain utama bagi pengeluaran getah asli.

Bagaimanapun, katanya, pekebun kecil terdedah dengan pelbagai isu antaranya ketidakstabilan harga pasaran, cuaca tidak menentu, aplikasi teknologi dan serangan penyakit pokok yang telah membawa kepada penurunan produktiviti getah.

Isu-isu tersebut juga, katanya, telah menyebabkan jumlah kebun getah tidak diusahakan meningkat kepada 533,000 hektar pada tahun lepas berbanding 409,000 hektar pada tahun sebelumnya.

“Kesannya, pengeluaran getah asli negara menurun sebanyak 19.7 peratus iaitu 377,000 tan metrik tahun lepas berbanding 469,000 tan metrik pada tahun sebelumnya.

“Justeru menerusi karnival ini, RISDA meneruskan usaha dan misi untuk terus berkempen menerangkan pelbagai bantuan melalui program tanam semula dan keusahawanan demi kemakmuran 552,543 orang pekebun kecil getah di seluruh negara,” katanya.

Katanya, terdapat banyak bantuan lain yang boleh dimanfaatkan oleh pekebun kecil setelah menyertai Program TSG, antaranya, bantuan Skim Getah Matang, latihan dan bimbingan, pembangunan modal insan TVET JELITA@RISDA.

– BERNAMA

Scroll to Top