Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara sudah dibuka untuk permohonan bagi pengambilan sesi 2022/2023.
Pemohon-pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan ini sebelum tarikh permohonan ditutup.
Maklumat lanjut berkaitan permohonan Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang adalah sebagaimana berikut;
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan dibuka sehingga 11 November 2022 (Jumaat)
Bidang Pengajian Yang Ditaja
- IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KLINIKAL & KESIHATAN
Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
- IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SASTERA
Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
- IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SAINS SOSIAL
Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
- IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KEJURUTERAAN
Eletrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan,Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.
- ATAU
lain-lain bidang pengajian yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MOA)/Badan Profesional dan mematuhi hukum syara’.
Syarat Umum Permohonan
- Warganegara Malaysia beragama Islam
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak
- Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah dan syarat biasiswa MAIWP
Syarat khusus permohonan boleh rujuk laman web www.maiwp.gov.my
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah;
>> BORANG BIASISWA DALAM NEGARA TAHUN 2022.pdf <<
Atau boleh didapati di pejabat MAIWP di alamat;
- Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
- Semua kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
- Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
- Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi Skim Bantuan Biasiswa MAIWP (Insentif Khas Pelajar Cemerlang)
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah LENGKAP seperti berikut:
- Dua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih. (menutup aurat bagi wanita).
- Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar
- Satu salinan kad pengenalan suami/ ayah, isteri/ ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/ bekerja)
- Satu salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ surat akuan sumpah pendapatan TERKINI Suami/ Ayah dan Isteri/ Ibu/ pengesahan pendapatan suami/ ayah dan isteri/ ibu *yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja*)
- Satu salinan surat perakuan nikah.
- Satu salinan surat perakuan cerai/ prosiding mahkamah TERKINI/ pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) TERKINI.*
- Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh/ Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
- Satu Salinan sijil kematian ibu/ bapa/ suami/ isteri.*
- Satu salinan kad memeluk Islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/ tangguangan.*
- Surat pengesahan sakit kronik pelajar/ pemohon/ tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan bil utiliti / cukai pintu TERKINI.
- Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/ Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
- Satu salinan Pengesahan Pengajian/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar di IPT.
- Satu salinan buku akaun bank pelajar (KECUALI Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank)
- Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.*
- *jika berkenaan*
PERHATIAN
***Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang ini sila hubungi;
- 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632
