Sunday, October 1, 2023
HomeSumbangan Tunai RahmahBorang STR 2023: Permohonan Bantuan Rahmah Secara Manual

Borang STR 2023: Permohonan Bantuan Rahmah Secara Manual

Adalah dimaklumkan bahawa pemohon yang menghadapi masalah bagi permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara atas talian, permohonan secara manual dengan menghantar borang kertas boleh dibuat mulai 8 Mac 2023.

Ia bertujuan memudahkan pemohon mengisi permohonan bantuan dan memberi peluang kepada mereka yang menghadapi masalah ketika mengisi secara online.

Borang STR yang lengkap di isi boleh di hantar secara pos atau penghantaran sendiri di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Tempoh Pendaftaran STR

Tempoh Permohonan Baharu STR 2023

Pendaftaran STR yang dibuat secara online adalah mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023 melalui portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 

Manakala permohonan secara fizikal / manual melalui borang kertas bermula 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang pindaan tarikh, Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan Permohonan Baharu STR

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan

Permohonan STR Melalui Borang (BK-01)

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM >>Borang BK-01<<; atau
  2. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Atau juga boleh download melalui butang di bawah;

Penghantaran Borang

Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau 

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR 2022

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

a) Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

b) Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

c) Anak

  1. Anak Kandung
    1. Salinan Sijil Lahir; dan
    2. Salinan MyKad / MyKid
  2. Anak Angkat
    1. Salinan MyKad / MyKid; dan
    2. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Download Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) di bawah;

Sijil Perkahwinan Hilang

Sekiranya sijil perkahwinan anda hilang, anda masih boleh menggunakan dokumen  sokongan berikut sebagai pembuktian status perkahwinan:

  1. Kad nikah; atau
  2. Sijil Lahir Anak

Tiada Akaun Bank

Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran STR, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan cepat. 

Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran adalah secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad.

Sekiranya mempunyai akaun bank, jenis akaun bank yang boleh didaftarkan adalah akaun bank persendirian.

Jadual Pembukaan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 08 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Hari Bekerja

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang
Urban Transformation Centre (UTC) (Semenanjung)8.00 pagi – 09.00 malam(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Urban Transformation Centre (UTC) (Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 07.00 malam(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Lokasi Luar Pejabat9.00 pagi – 4.00 petang

Cuti Hujung Minggu

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 4.30 petang (Semenanjung / Sabah / Sarawak)
Urban Transformation Centre (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)

Nota:

  1. LHDNM / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR akan dibuka di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) pada Cuti Hujung Minggu Terakhir tempoh permohonan STR iaitu pada tarikh:
    • 24/03/2023 (Jumaat)
    • 25/03/2023 (Sabtu)
    • 26/03/2023 (Ahad)
    • 31/03/2023 (Jumaat)
  3. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
  4. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  5. Kemudahan dropbox akan disediakan untuk penghantaran Borang Permohonan STR (BK-01) oleh pemohon.
  6. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan.

Info lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC. 

Soalan Lazim

Bilakah tempoh permohonan STR secara fizikal dibuka?

08 Mac 2023 – 31 Mac 2023. 

Di manakah boleh dapat borang  STR (BK-01)?

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
1) Portal Rasmi STR LHDNM >>Borang BK-01<<; atau
2) Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Di manakah penghantaran borang STR boleh dilakukan?

Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau 

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan.

Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?

Dokumen    sokongan    yang boleh   digunakan   sebagai       pembuktian status perkahwinan:
i.  Kad nikah; atau
ii. Sijil Lahir Anak

Saya telah menghantar Borang Permohonan STR ke Pejabat LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?


Tidak. Kemas kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan baharu / kemas kini yang dihantar ke Pejabat LHDNM / PS / UTC telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan STR selanjutnya perlu dikemukakan ke Pejabat LHDNM / PS / UTC dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) semula.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!