Sukacitanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK bagi Tahun 2023.
Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara) merupakan antara dana zakat MAIK yang bertujuan membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.
Apa Itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)?
Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.
Permohonan dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2023 sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan.

Syarat Umum Permohonan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia (peranakan Negeri Kelantan) yang lahir dan menetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM10,000 ke bawah sahaja sebulan.
Syarat Khusus Permohonan
- Penerima Tahun Pertama;
- Layak memohon berdasarkan surat tawaran ( pelajar luar negara sahaja.
- Layak memohon bagi pelajar semester kedua dan ke atas dengan mendapat minima PNGK 3.0 ke atas (pelajar dalam negara sahaja).
- Pemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas;
- Mesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut.
- Lain-lain negara termasuk Malaysia -minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.
Cara Memohon
Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) boleh dilakukan melalui cara berikut;
- Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
- Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan di bawah kod 28412.
Info lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa, sila hubungi maklumat berikut;
- Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09-7421519
- Email : [email protected]
Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.