Dermasiswa Yayasan Kuok Berhad Untuk Diploma 2023 Politeknik

Yayasan KUOK Berhad mempelawa permohonan daripada pelajar di Politeknik Awam Malaysia untuk memohon bantuan Dermasiswa Yayasan Kuok Berhad untuk pengajian di peringkat Diploma bagi tahun 2023.

Permohonan yang berjaya akan ditawarkan dermasiswa yang bernilai sehingga RM9000 setahun berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan

Permohonan Dermasiswa Yayasan Kuok Berhad dibuka mulai 7 Februari 2023 hingga 24 Februari 2023.

Jumlah Bantuan Dermasiswa

Sehingga RM9000 setahun 

Syarat-syarat Prermohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi dermasiswa ini;

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai –

sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam SPM bagi mana-mana mata pelajaran seperti berikut:

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon / diikuti

ATAU

gred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaru di politeknik. 

  1. Bantuan Kewangan Yayasan Kuok hanya untuk pelajar miskin sahaja.
  2. Pemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa JPA, dan sebagainya.

Langkah Permohonan

Pemohon perlu mengikuti langkah 1 dan langkah 2 seperti di bawah;

Langkah 1 – Penyerahan borang permohonan dalam talian (online)

Langkah 2 – Penyerahan borang permohonan bercetak

  • Selepas pemohon menghantar permohonan melalui dalam talian, pemohon JUGA PERLU mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan melalui kurier atau serahan langan ke pejabat Yayasan.
  • Tarikh Tutup: 3 Mac 2023

Borang yang tidak lengkap atau lambat dihantar tidak akan dipertimbangkan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai Dermasiswa Yayasan Kuok Berhad, sila hubungi maklumat berikut;

KUOK FOUNDATION BERHAD (DERMASISWA UNTUK DIPLOMA 2023)

Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower

No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Contact Number: +603-27118428

Fax Number: +603-27250128

Contact Email: [email protected]

Laman web: https://kuokfoundation.com/ 

Mengenai Yayasan Kuok

Yayasan Kuok Berhad ditubuhkan oleh keluarga Kuok pada tahun 1970 untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia.

Keluarga Kuok percaya dalam tanggungjawab sosial untuk berkongsi kekayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Sejak tahun 1970, Yayasan Kuok telah menyediakan bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta di Malaysia dan universiti awam di Singapura; politeknik awam di Malaysia dan Singapura dan institusi vokasional di Malaysia.

Walaupun pendidikan merupakan fokus utama Yayasan Kuok, pembiayaan juga diberikan untuk aktiviti sosial dan kebajikan yang dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi lain yang tidak berasaskan keuntungan.

Sumber: Yayasan Kuok

Yayasan Kuok Berhad, Dermasiswa Untuk Diploma 2023 Politeknik Awam Malaysia
Scroll to Top