Sunday, October 1, 2023
HomeInfo17 Soalan Lazim Dividen KWSP Simpanan Shariah & Konvensional

17 Soalan Lazim Dividen KWSP Simpanan Shariah & Konvensional

KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara pada 4 Mac 2022.

Mengikut rekod tahun 2021, lebih dari 80% pencarum muslim masih tidak bertukar ke akaun syariah. Yang masih belum berkesempatan untuk tukar, jom kita tukar ke akaun syariah sekarang. 

Oleh yang demikian, terdapat beberapa persoalan mengenai Dividen KWSP Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional yang diumumkan.

Semakan Dividen KWSP 

Menurut KWSP, ahli bole menyemak penyata terkini BERMULA 4 Mac 2023 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.

Bagi mengetahui kadar dividen KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;

  1. Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
  2. Semakan melalui kiosk KWSP
  3. Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online melalui portal i-Akaun (Ahli);

Semakan dividen KWSP secara online melalui portal KWSP berikut

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk
  • Klik pada akaun peribadi

Semakan Melalui Aplikasi i-Akaun

Jumlah dividen KWSP semakan melalui aplikasi i-akaun

17 Soalan Lazim Dividen KWSP 2022

1) Mengapa terdapat perbezaan antara Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvesional?

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. 

Walaupun Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, Simpanan Konvensional turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah.

Makluman lanjut boleh dirujuk di Soalan Lazim di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/member/overview.

2) Bolehkah ahli membatalkan pilihan Simpanan Shariah dan bertukar kepada Simpanan Konvensional?

Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. 

Namun, ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa Akaun Simpanan Shariah. Untuk maklumat lanjut klik di sini ( https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah).

3) Di manakah Penyata Ahli 2022 boleh diperoleh?

Penyata Ahli 2022 boleh diperoleh melalui kemudahan i-Akaun (Ahli) sama ada versi web atau mobile apps, Self Service Terminal (SST) dan kaunter-kaunter di KWSP Cawangan. 

Senarai Pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2022 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web    KWSP    melalui    /documents/20126/131466/Panduan+Ringkas+Pengaktifan+i-Akaun+Ahli_BM.pdf/7e5ab58e-ce21-27e5-ab53-75f614432084?t=1677910920438.

4) Bilakah ahli boleh menyemak jumlah dividen mereka untuk tahun 2022?

Ahli boleh menyemak jumlah dividen yang telah dikreditkan melalui Penyata Ahli 2022 bermula 4 Mac 2023.

5)Bagaimanakah ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli?

Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan i-Akaun Ahli sama ada versi web atau mobile apps.

Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/reach- us/connect-with-us/make-an-enquiry.

6) Bagaimanakah bayaran Dividen Tahunan bagi ahli yang membuat Pengeluaran Pra-Persaraan & Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi) pada tahun 2022?

  1. Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2022 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Pelaburan Ahli, Simpanan Melebihi RM1 Juta, i-Citra dan Pengeluaran Khas):
    • Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2022.
  2. Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi):
    • Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (a)(i).
    • Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara bulanan, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat mengikut kaedah ini akan dibayar kepada akaun bank ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2022.

7) Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, dan Kematian) sebelum pengkreditan dividen tahun 2022? Adakah ahli layak untuk mendapat Dividen 2022?

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara, ahli telah menerima bayaran dividen berdasarkan kadar dividen tahun 2020 bersama-sama dengan pengeluaran tersebut.

8) Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (Meninggalkan Negara) sebelum pengkreditan dividen tahun 2022?

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2022, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.

9) Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang ingin memohon Pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, Kematian dan Meninggalkan Negara) selepas pengkreditan dividen tahun 2022?

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2022, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2022 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.

10) Adakah caruman Caruman Sukarela akan menerima dividen?

Ya. Caruman Sukarela adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman.

11) Saya seorang muslim dan belum bertukar ke Simpanan Shariah. Apakah status dividen yang saya terima dan perlukah saya melakukan penyucian dividen?

Ahli yang belum bertukar ke Simpanan Shariah, simpanan mereka akan diuruskan di bawah Simpanan Konvensional dan dividen yang diterima setiap tahun adalah hasil daripada pelaburan bercampur antara yang patuh syariah (halal) dan yang tidak patuh syariah (haram).

Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh dimanfaatkan, dan perlu dibersihkan seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti berikut:

“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba’, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserah kepada golongan fakir miskin”.

Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

Nota: Fatwa asal boleh dirujuk melalui e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui pautan berikut: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15224.

12) Saya telah bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2022. Mengapakah saya masih menerima dividen Simpanan Konvensional?

Bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah pada tahun 2022 sehingga 25 Disember 2022 atau antara 26 – 31 Disember 2022, pilihan tersebut hanya akan berkuat kuasa masing-masing pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024.

Oleh itu, bagi dividen 2022, akaun anda akan masih dikreditkan dengan dividen Simpanan Konvensional.

13) Saya baru bertukar ke Simpanan Shariah. Adakah saya perlu melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun saya bagi tahun-tahun sebelum ini?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan:

“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba’, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan…”.

Harta yang diperolehi dengan cara tidak mematuhi syariah termasuklah dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah (haram).

Nota: Fatwa asal boleh dirujuk melalui e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui http://e- smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15224.

Memandangkan anda baru bertukar ke Simpanan Shariah, penyucian dividen hanya perlu dilakukan ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan sebelum anda bertukar ke Simpanan Shariah.

Sebagai contoh: Sekiranya anda menjadi ahli KWSP sejak tahun 2017 dan hanya bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2022, penyucian dividen hanya perlu dilakukan bagi dividen 2017 sehingga 2021.

Penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli.

Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

PENGECUALIAN PENYUCIAN DIVIDEN:

1. Apa-apa dividen yang diterima sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah iaitu dividen 2016 dan sebelumnya kerana Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli tidak mempunyai Haq Tasarruf iaitu hak untuk memilih simpanan mereka diuruskan mengikut prinsip syariah (tiada pilihan akaun patuh syariah).

2. Dividen Simpanan Konvensional 2022 bagi ahli yang baru bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2021 atau 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 atau 1 Januari 2024 kerana JKPS berpandangan tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah ditentukan oleh polisi KWSP yang di luar bidang kuasa ahli.

14) Bagaimanakah menentukan jumlah dividen Simpanan Konvensional yang perlu disucikan?

Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2022 adalah 73% daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli. Manakala kadar penyucian dividen bagi tahun sebelum 2022 boleh dirujuk di bahagian soalan lazim Simpanan Shariah https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah.

Contoh PengiraanJumlah dividen Simpanan Konvensional 2022: RM1,000

Jumlah dividen yang perlu dibersihkan/disucikan: RM1,000 x 73% = RM730

15) Saya sudah membayar zakat KWSP, adakah saya masih perlu melakukan penyucian dividen Simpanan Konvensional?

Pembayaran zakat dan penyucian dividen merupakan dua perkara yang berbeza.
Zakat dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat, manakala penyucian harta pula dilakukan ke atas harta yang diperolehi dengan cara yang tidak patuh syariah (haram) yang tidak boleh dimanfaatkan dan perlu diserahkan kepada Baitulmal atau faqir miskin.

Bagi simpanan KWSP, sekiranya ahli tidak bertukar ke Simpanan Shariah, simpanannya itu telah termasuk dengan dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah (haram). 

Oleh itu ahli beragama Islam dinasihatkan untuk mengasingkan simpanan tersebut daripada jumlah yang perlu dibersihkan mengikut kadar penyucian dividen setiap tahun sebelum menentukan jumlah simpanan yang diwajibkan zakat.

16) Saya adalah kakitangan kerajaan yang telah memilih Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan telah membuat pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB), adakah saya perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)?

Ahli beragama Islam tidak perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada KWAP.

Ahli hanya bertanggungjawab melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional (Syer Pekerja) yang telah diterima oleh ahli sahaja (sekiranya ada) tertakluk kepada perincian yang dijelaskan pada soalan no. 3 di atas.

Ahli boleh mendapatkan khidmat nasihat kiraan di cawangan dan pejabat KWSP untuk mengetahui lebih lanjut jumlah dan kiraan dividen yang telah disalurkan kepada KWAP mengikut nisbah Caruman Majikan dan Caruman Ahli berdasarkan penyata tahunan KWSP yang terlibat.

17) Mengapakah hanya 73% daripada dividen Simpanan Konvensional 2022 yang perlu disucikan?

Dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan kepada ahli terhasil daripada dua (2) portfolio pelaburan yang telah diasingkan iaitu Portfolio Syariah dan Portfolio Konvensional (Bukan Syariah).

Portfolio Syariah adalah portfolio pelaburan yang terdiri daripada aset dan instrumen patuh syariah yang diuruskan mengikut prinsip syariah dan diluluskan oleh JKPS.

Manakala Portfolio Konvensional pula adalah portfolio pelaburan yang diuruskan secara konvensional yang terdiri daripada aset dan instrumen tidak patuh syariah (haram) yang antaranya terlibat dengan riba (faedah) seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon dan syarikat tersenarai di dalam sektor kewangan.

Hanya dividen yang terhasil daripada Portfolio Konvensional yang perlu disucikan.

Sumber: Portal KWSP

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!