Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBelia Rahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.
Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBelia Rahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.
“Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go Wallet.
Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.
Apakah Inisiatif eBelia Rahmah?
- Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
- Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
- Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
- Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
ATAU - Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
- Kementerian Pendidikan Tinggi;
- Kementerian Pendidikan;
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
- Kementerian Pertahanan;
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
- Kementerian Belia dan Sukan;
- Kementerian Sumber Manusia;
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
Tempoh Permohonan & Claim Kredit
Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing.
Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Cara Claim eBelia Rahmah
3 Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
- Boost;
- Setel; dan
- Touch ‘n Go eWallet
Pengguna baharu boleh menebus kredit RM200 eBelia Rahmah dengan download salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
- Boost
- Setel
- Touch ‘n Go eWallet
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.
eBelia Rahmah Touch ‘n Go eWallet
Touch ‘n Go eWallet merupakan antara penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program ini.
Selain daripada kredit eBeliaRahmah, TNG eWallet turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah tawaran berbentuk baucar, pulangan tunai (cashback) dan diskaun sehingga RM550.
Selain itu anda boleh membelanjakan kredit ini di kedai-kedai yang popular seperti;
- 99 Speedmart
- Pizza Hut
- Burger King
- Secret Recipe
- Mc Donald
- 7 Eleven
- Starbuck
- Coffee Bean
- Padini Concept Store
- Zus Coffee
- Baskin Robbin
- Mr DIY
- Sushi King
- Marry Brown
- Tea Live
- eMart 24
- UNIQLO
- Sport Direct
- Watson
- Daiso
- BOOST Juice
- KFC
- Family Mart
- Kenny Rogers Roasters
- KK Mart
- My News
- Dan lain-lain lagi.
Cara Penebusan Kredit eBelia Melalui Touch ‘n Go eWallet
Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eBeliaRahmah”
Langkah 2- Pilih Claim Now
Langkah 3 – Pilih Verify Now
Langkah 4 – Pilih Jenis ID anda
Langkah 5 – Imbas bahagian depan ID anda
Langkah 6 – Ambil “selfie” anda
Langkah 7 – Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”
Langkah 8 – Isikan butiran anda & ketik pada”Submit”
Langkah 9 – Permohonan anda telah berjaya dihantar!
Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya
Pengesahan Akaun (EKYC) Touch ‘n Go eWallet
Pengguna baharu TNG perlu membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Lihat panduan video dibawah untuk pengesahan identiti;
Atau rujuk panduan berikut;
https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-
eBelia Rahmah Boost
Boost juga adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBeliaRahmah 2023.
Pengguna baharu boleh memuat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Anda boleh masukkan kod berikut sekiranya ingin mendapat tambahan RM10.00 ketika mendaftar;
- bas4y8gc
Pihak Boost akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Ikut arahan selanjutnya.
Cara Tuntut eBelia Rahmah Anda Dengan Boost
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut
Langkah 1 – Tuju ke “eBeliaRahmah for Youths” Klik pada banner untuk ke halaman eBeliaRahmah
Langkah 2- Mulakan Tuntutan dengan Klik pada butang “eBeliaRahmah”
Langkah 3 – Lengkapkan butiran pihak yang menuntut – Lengkapkan butiran yang disenaraikan bagi permohonan tuntutan anda. Ketahui lebih lanjut dengan melawati halaman FAQ
Langkah 4 – Hantarkan Tuntutan Anda – Isikan informasi yang diperlukan pada portal rasmi eBeliaRahmah dan hantarkan tuntutan anda untuk pengesahanLangkah 5 – Tahniah! Tuntutan Anda Telah Berjaya! –Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi Boost mengenai status tuntutan anda. Setelah berjaya, segala ganjaran akan diberikan ke dalam aplikasi untuk anda nikmati
Kelebihan Tuntutan Melalui BOOST
BOOST menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah ganjaran PERCUMA daripada rakan niaga mereka.
Claim cepat, boleh save sampai RM600! Dapatkan ganjaran EXTRA PERCUMA daripada rakan niaga mereka dengan tuntutan eBeliaRahmah anda.
eBelia Rahmah Setel
Masih tak pasti nak tuntut kredit eBeliaRahmah RM200 kat mana?
Setel mungkin menjadi pilihan anda untuk claim.
Pengguna baharu boleh memuat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Jangan lupa untuk sahkan akaun Setel anda melalui e-KYC HARI INI untuk menuntut kredit eBeliaRahmah pada 26 Jun ini. Jangan ketinggalan!
#SetelJe eBeliaRahmah anda dan tuntut dengan aplikasi petrol No.1 Malaysia dan belanja di seluruh negara!
Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Kredit RM200?
Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:.
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Info Lanjut
Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
- Boost: https://support.myboost.com.my
- Setel: https://help.setel.com/
- Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Soalan Lazim (FAQ)
Lihat soalan lazim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkaitan eBeliaRahmah;
Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c) Soalan Lazim eBeliaRahmah
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah
Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah
Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.
Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a. Boost: https://support.myboost.com.my
b. Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.
Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.
Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.
Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.