Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran bermula tahun 2022. Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan skim baharu iaitu Program Iltizam Anak Selangor yang merupakan penjenamaan program Iltizam Selangor Penyayang.
Menerusi Ucapan Belanjawan Selangor 2022 pada 25 Disember 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Selangor mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan skim baharu yang dikenali sebagai Iltizam Anak Selangor.
Apa Itu Program Iltizam Anak Selangor?
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan Iltizam Anak Selangor terdiri daripada 2 kriteria sebagaimana berikut;
Kriteria anak:
- Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
- Warganegara Malaysia DAN
- Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor
Kriteria ibu/bapa/penjaga:
- Warganegara Malaysia; DAN
- Berumur 18 tahun ke atas; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
**Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.
Cara Memohon
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di https://anas.yawas.com.my/
2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
Semakan permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web berikut;
https://anas.yawas.my/online/mohon_semak.php
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan sijil lahir anak
- Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
- Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
- Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
- Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)
Peringatan
– Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
– Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta.
Tempoh Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my bermula 1 Ogos 2022.
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
Pembukaan Akaun Simpanan SSPN PRIME
- Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau kemasukan deposit bagi akaun sedia akan dilaksanakan setelah permohonan Iltizam Anak Selangor diluluskan.
- Sumbangan wang ke akaun tersebut adalah tertakluk bagi kelahiran mulai 1 Januari 2022 sahaja.
- Ibu/bapa/penjaga yang didaftarkan secara automatik akan menjadi pendeposit tetap bagi akaun Simpan SSPN Prime anak yang dibuka di bawah program ini.
- Bagi anak yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime (tertakluk bagi pendeposit yang sama), wang akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut setelah permohonan diluluskan.
- YAWAS akan memaklumkan kepada penerima/pendeposit setelah wang dikreditkan ke Simpan SSPN Prime anak melalui emel yang didaftarkan sewaktu permohonan dibuat.
- Wang tabungan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak boleh dikeluarkan sehingga anak berusia 18 tahun.
- Jumlah nilai wang yang dimasukkan adalah bernilai RM 100 setiap tahun untuk tempoh 5 tahun sahaja.
Pertanyaan dan Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang program ini sila hubungi maklumat berikut;
- Telefon: +03 5481 8800
- Emel: [email protected]
- Laman web: https://anas.yawas.com.my/
- Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
Sumber: Iltizam Anak Selangor
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan soalan lazim mengenai Program Iltizam Anak Selangor di bawah YAWAS;
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.
Kriteria Anak
– Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
– Warganegara Malaysia DAN
– Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
– Sedang menetap di Negeri Selangor
Kriteria ibu/bapa/penjaga:
– Warganegara Malaysia; DAN
– Berumur 18 tahun ke atas; DAN
– Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
– Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
Secara online melalui https://anas.yawas.com.my/
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.