Tuesday, February 27, 2024
HomePermohonanProgram Bantuan Lesen Memandu Percuma 2023 MAIPk

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma 2023 MAIPk

TAWARAN TERBUKA BANTUAN LESEN MEMANDU MAIPK (PROGRAM BANTUAN LESEN UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI ASNAF)

Sukacitanya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Antara lesen yang ditawarkan percuma adalah lesen motosikal roda 3, motolori, jentera berat beroda, van/ bas mini dan lori.

Tawaran bagi program ini adalah terhad. Oleh yang demikian, pemohon yang layak diminta untuk memohon dengan segera sebelum permohonan ditutup.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ditutup pada 31 Mei 2023 (Rabu), 11.59 malam.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat utama permohonan bagi Program Lesen Memandu MAIPk yang ditawarkan;

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin di negeri Perak
  3. Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
  4. Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh
  7. Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)
  8. Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM
  9. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)

Kelas Lesen Yang Ditawarkan 

  • CDL Kelas C (Motorsikal Roda 3)
  • CDL Kelas E (Motorlori)
  • CDL Kelas H (Jentera Berat Beroda)
  • GDL Kelas C
  • GDL Kelas D (Lori BTM <3500)
  • GDL Kelas E (Lori Kejur)
  • GDL Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
  • PSV Kelas D (Van/Bas Mini)
  • PSV Kelas D (Teksi/E-Hailing)
  • PSV Kelas E (Bas)

Berikut adalah syarat tambahan bagi kelas / kumpulan lesen yang ingin dipohon;

Syarat Tambahan kumpulan lesen Program Lesen Memandu MAIPk Perak

Cara Memohon 

Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran atau dimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui pautan berikut;

>>BORANG PERMOHONAN SKIM LATIHAN DAN KURSUS PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF<<

Dokumen Wajib

  1. Borang 8 (Skim Latihan Kemahiran Asnaf)
  2. Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
  3. Penyata pendapatan pemohon dan pasangan
  4. Lesen memandu

Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pembangunan Pemerkasaan,
Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

PENTING!! Pemohon WAJIB melampirkan dokumen tambahan iaitu SALINAN LESEN MEMANDU

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk makluman lanjut mengenai Program Lesen Memandu MAIPk ini, sila hubungi Unit Pemerkasaan MAIPk: 019-5711384.

Sumber: Zakat Perak-MAIPk

Program Lesen Memandu MAIPk 2023

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!