Pendaftaran PADU kini boleh dibuat secara dalam talian bagi membolehkan rakyat Malaysia mengemaskini maklumat dalam Pangkalan Data Utama.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Objektif utama kerajaan menyediakan sistem PADU sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
Apa Itu Pangkalan Data Utama (PADU)?
Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar; untuk memastikan penduduk tidak tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain sekiranya layak.
Majlis Peluncuran PADU telah diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024.
Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah hadir bagi merasmikan majlis ini.
Siapa Yang Perlu Buat Pendaftaran PADU?
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.
Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.
Tempoh Pendaftaran & Kemaskini
Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024.
Daftar & kemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum 31 Mac 2024.
Kaedah Pendaftaran Padu
Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;
- Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/
- Melalui kaunter PADU
3 Langkah Daftar PADU Secara Online
Pendaftaran secara online ikuti panduan berikut;
Layari portal PADU https://padu.gov.my/
Langkah 1 – Maklumat Asas
- Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
Langkah 2: Pengesahan Akaun
- Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan
- Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.
Pendaftaran Melalui Kaunter
Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet.
Pendaftaran ini boleh dibuat di;
- Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT
- Pusat Ekonomi Digital
- Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri
- Pusat Internet Desa
Bagi pendaftaran di kaunter, pastikan maklumat dan dokumen penting dibawa semasa proses pengemaskinian.
Diri Sendiri
- Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan sendiri
Diri Sendiri dan Mewakili Isi Rumah
- Kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan sendiri
- Salinan kad pengenalan ahli isi rumah
Beberapa maklumat penting juga perlu dikemukakan seperti;
- Maklumat bank
- Pendidikan tertinggi
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat pendapatan
- Maklumat komitmen
Info Lanjut
Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari;
- Facebook: Kementerian Ekonomi – Laman Rasmi
- Laman web: http://www.ekonomi.gov.my/padu
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
- MyGCC: 1-800-88-7720 (8.00 pagi – 6.00 petang)
- Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 *mulai 5 Januari 2024 (7.30 pagi – 10.00 malam)
Sumber: Kementerian Ekonomi
Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 2 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.
Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya.
Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.
TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.
Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.
Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.
Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.