Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 2023
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM yang boleh dipohon oleh pelajar.
Berikut merupakan maklumat mengenai permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 sesi tahun 2023.
Tarikh dan Tempoh Permohonan
Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023 hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut;
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Pautan permohonan hanya mula dibuka pada jam 10.00 pagi.
Panduan Permohonan MRSM 2023
- Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
- Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
- Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
- Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023;
- Calon warganegara Malaysia
- Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
- Calon memohon secara dalam talian (online)
- Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
- Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
- Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Semakan Keputusan Permohonan
Semakan bagi keputusan permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023 dijangka akan diketahui pada bulan Mac 2023.
Pihak MARA akan memaklumkan tarikh keputusan dari semasa ke semasa.
Pengenalan MRSM
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.
Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Visi MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi MRSM
Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Program Sistem Pendidikan MRSM
Terdapat enam program pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
- Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
- Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
- Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
- Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
- Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
- Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.
Lokasi MRSM Berdasarkan Program
Terdapat 55 MRSM di seluruh negara berdasarkan program masing-masing.
MRSM Program Premier (Tingkatan 1 & 4)
- MRSM BATU PAHAT, JOHOR
- MRSM MERSING, JOHOR
- MRSM MUAR, JOHOR
- MRSM BALING, KEDAH
- MRSM MERBOK, KEDAH
- MRSM PDRM KULIM, KEDAH
- MRSM PENDANG, KEDAH
- MRSM JELL, KELANTAN
- MRSM KUALA KRAI, KELANTAN
- MRSM PASIR TUMBOH, KELANTAN
- MRSM TERENDAK, MELAKA
- MRSM SERTING, NEGERI SEMBILAN
- MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG
- MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, PAHANG
- MRSM ARAU, PERLIS
- MRSM BESERI, PERLIS
- MRSM GERIK, PERAK
- MRSM LENGGONG, PERAK
- MRSM PASIR SALAK, PERAK
- MRSM PENGKALAN HULU, PERAK
- MRSM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
- MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
- MRSM BETONG, SARAWAK
- MRSM KUCHING, SARAWAK
- MRSM MUKAH, SARAWAK
- MRSM KOTA KINABALU, SABAH
- MRSM TUN MUSTAPHA, SABAH
- MRSM BESUT, TERENGGANU
- MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU
- MRSM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
MRSM Program IGGSE (Tingkatan 1)
- MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR
- MRSM KUBANG PASU, KEDAH
- MRSM LANGKAWI, KEDAH
- MRSM TUMPAT, KELANTAN
- MRSM ALOR GAJAH, MELAKA
- MRSM KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
- MRSM KUANTAN, PAHANG
- MRSM TUN ABDUL RAZAK, PAHANG
- MRSM PARIT, PERAK
- MRSM KOTA KINABALU, SABAH
- MRSM KUCHING, SARAWAK
- MRSM KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1)
- MRSM KOTA PUTRA, TERENGGANU
- MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
- MRSM KEPALA BATAS, PULAU PINANG
- MRSM SUNGAI BESAR, SELANGOR
- MRSM SEMPORNA, SABAH
- MRSM ATM BERA, PAHANG
- MRSM BAGAN DATUK, PERAK
- MRSM FELDA TROLAK, PERAK
MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1)
- MRSM BENTONG, PAHANG
MRSM Program IB MYP (Tingkatan 1)
- MRSM TUN DR ISMAIL, JOHOR
- MRSM BALIK PULAU, PULAU PINANG
- MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN SABAH
MRSM Program Bitara (Tingkatan 4)
- MRSM TAIPING, PERAK
- MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA
- MRSM PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
Bantuan Kewangan: Program Bantuan dan Kebajikan MRSM
MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.
1. Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar.
Bantuan kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.
2. Pemberian Wang Saku (WS)
Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM.
Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
3. Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WS)
Pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar 840 yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM.
Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Info Lanjut & Pertanyaan
Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel
[email protected] atau melalui Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA
iaitu 03-26134531/ 32/ 33/ 17/ 16/ 78/ 65/ 39/ 40/ 34/ 35/ 38/ 37/ 3449
Untuk info lanjut sila layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Soalan Lazim
Berikut merupakan soalan lazim mengenai permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023;
1 September 2022 hingga 4 November 2022.
Jangkaan pada bulan Mac 2023
1. Program Premier
2. Program Bitara
3. Program Ulul Albab
4. Program IGCSE
5. Program IB MYP
6. Program Teknikal
– Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
– Pemberian Wang Saku (WS)
– Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WS)