Tuesday, December 5, 2023
HomeJawatan KosongPermohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Awam 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Awam 2023

Sukacitanya Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia kini membuka permohonan bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam untuk tahun 2023.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman portal e-Pengambilan PDRM berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengguna baharu laman portal e-Pengambilan PDRM perlu membuat pendaftaran baharu bagi memudahkan urusan permohonan.

[TERKINI] Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan dibuka mulai;

  • 16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohonan.

Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan sebagaimana berikut;

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian
  3. Kelayakan akademik sebagaimana yang tercatat dalam poster di bawah.
[Iklan] Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki : Wanita) Awam Tahun 2023.

Kelayakan Fizikal

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita);
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita);
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.

Gaji dan Faedah

  • Gaji Permulaan RM 1,441.00
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah
  • Bayaran Insentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan

Cara Memohon melalui e-Pengambilan PDRM

Layari https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ 

Pengguna baharu perlu membuat pendaftaran pengguna baru dengan klik pada PENDAFTARAN BARU 

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
  2. Klik butang ‘Log Masuk’;
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru’;
  4. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
  5. Klik butang ‘Serah’.
  6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Pendaftaran Pengguna Baru e-Pengambilan PDRM

Manual pengguna bagi Pengguna Baru e-Pengambilan PDRM boleh rujuk panduan berikut;

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan pegawai rendah polis dan konstabel adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Facebook: https://www.facebook.com/Unitpengambilan 

Instagram: https://www.instagram.com/unitpengambilanpdrm/ 

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!