Saturday, April 1, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Pinjaman Boleh Ubah Dlm Negara TKWBNS Selangor 2021

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dlm Negara TKWBNS Selangor 2021

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2021 kini dibuka bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Permohonan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di atas.

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2021 ini.

Apa itu Pinjaman Boleh Ubah  Dalam Negara (TKWBNS) Selangor?

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. 

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kadar Tajaan / Pembiayaan

Kadar tajaan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

Peringkat PengajianKadar Setahun (RM)
Sijil4,000.00
Diploma4,900.00
Ijazah Pelbagai6,500.00
Ijazah Perubatan7,000.00

Cara Pembayaran 

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam. 

Adalah menjadi tanggung jawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Boleh Ubah  Dalam Negara (TKWBNS) Selangor

Syarat kelayakan permohonan adalah sebagaimana berikut;

Syarat Am

  1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
  4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
  5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok). 
  9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).
  10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
  13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
  14. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGUselepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Syarat Akademik

   i.  Sijil

  – Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).

  – Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).

 ii.  Diploma

   – Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

   – Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

 iii. Ijazah Sarjana Muda

   – Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

   – Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

   – Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 iv. Ijazah Perubatan

   – Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Pengurangan Bayaran Balik

  1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.
  2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
    2. Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
    3. Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Bilakah peminjam perlu mula membuat bayaran balik? 

Bayaran balik akan dijadualkan bermula selepas 6 bulan daripada tarikh tamat pengajian.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021

Bagi pemohon yang baru mendaftar, sila klik di sini  

Bagi pemohon yang telah mendaftar pada sesi terdahulu, sila klik di sini (sila hubungi urus setia TKWBNS jika terdapat masalah untuk log-in)

SILA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN ANDA SELEPAS DUA (2) MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN DITUTUP.

Info dan Maklumat lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut, sila layari laman portal berikut;

https://tkwbns.selangor.gov.my/

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!