Insan-i BSN: Permohonan FSA2 Pinjaman Bercagar KWSP

Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan-i khas untuk ahli KWSP.

Susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan pengeluaran KWSP secara bersyarat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), Bank Simpanan Malaysia (BSN) telah memperincikan syarat dan proses permohonan Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan–i khas untuk ahli KWSP.

Untuk makluman, Kerajaan memutuskan  tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP namun menggantikannya dengan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Buat masa ini, FSA2  dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Apa itu ​​Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. 

Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta). 

Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

FSA2 Melalui BSN MyRinggit Insan-i 

BSN MyRinggit Insan-i adalah inisiatif kerajaan untuk membantu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapatkan sumber tunai melalui pembiayaan peribadi mengikut notis pengeluaran Akaun 2 KWSP mereka. 

Melalui BSN MyRinggit Insan-i ini, Pelanggan akan membuat Notis Pengeluaran Bersyarat umur *50 sehingga **55 tahun di mana simpanan Pelanggan di akaun 2 KWSP (beserta dividen) tersebut akan dibayar kepada pihak bank apabila Pelanggan mencapai mana-mana umur yang dipilih oleh Pelanggan (50 sehingga 55 tahun).

Notis Bersyarat yang dikemukakan oleh Pelanggan kepada KWSP hendaklah dikemukakan hanya sekali dalam tempoh masa di antara 15 April 2023 sehingga 4 April 2024.

 Fasiliti ini ditawarkan bermula 14 April 2023 sehingga 4 April 2024. 

Syarat Kelayakan

  • Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
  • Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
  • Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
  • Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan

Konsep Syariah

Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.

Maklumat Pembiayaan

Kadar Keuntungan
– *KAS + 1.75%

Had Pembiayaan
– Minimum: RM3,000
– Maksimum: RM50,000

Tempoh Pembiayaan
– Sehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu.

Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan
– Tunai di kaunter BSN
– Arahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction)
– Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lain
– IBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Borang Permohonan (atas talian).
  • Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
  • Penyata Pendedahan Produk.
  • Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
  • Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
  • Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.

Semakan Jumlah Simpanan Akaun 2 KWSP

Ahli KWSP dinasihatkan untuk membuat semakan jumlah simpanan Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan BSN MyRinggit Insan-i melalui pautan berikut;

  1. i-Akaun (Ahli)  https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
  2. Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Cara Memohon

Permohonan bagi Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan-i khas untuk ahli KWSP boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi BSN berikut;

https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan/index.aspx

Nota: Pemohon perlu baca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum meneruskan permohonan

Proses Permohonan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk kelancaran proses permohonan pembiayaan.

  1. Layari www.bsn.com.my/page/Insan-i   dan klik Moon Sekarang
  2. Memahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2
  3. Isi nama dan Kad Pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan
  4. Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima
  5. Isikan iumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan
  7. Permohonan anda akan diproses dalam masa 5 hari bekeria berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap
  8. Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian
  9. Anda boleh menyemak status permohonan melalui www.bsn.com.my/page/Insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
Proses Permohonan Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan–i khas untuk ahli KWSP.

Info Lanjut

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut lengkap mengenai Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan-i khas sebagaimana berikut;

Pertanyaan & Maklumat Terkini

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah soalan lazim mengenai pinjaman bercagar KWSP BSN Insan-i;

Bilakah tarikh untuk ahli-ahli KWSP memohon BSN MyRinggit Insan- i?

Ahli KWSP yang layak boleh mengemukakan permohonan BSN MyRinggit Insan-i bermula 14 April 2023 hingga 4 April 2024. Semua permohonan mesti diterima oleh pihak BSN Bank pada atau sebelum 4 April 2024.

Berapakah kadar keuntungan BSN MyRinggit Insan-i?

Kadar keuntungan bagi pembiayaan ini adalah bersamaan dengan Kadar Asas Standard (KAS) + 1.75% setahun = 4.50% setahun. KAS semasa adalah 2.75% setahun

Berapakah jumlah amaun pembiayaan yang ditawarkan?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a)  Jumlah minimum: RM3,000
b)  Jumlah maksimum: RM50,000

Berapa lamakah tempoh pembiayaan ditawarkan?

Sehingga 10 tahun atau sehingga mencapai umur 55 tahun pada akhir tempoh pembiayaan, yang mana lebih awal.

Berapa lama proses permohonan akan mengambil masa?

Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh Borang Permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap diterima oleh BSN.

Lihat soalan lazim lengkap melalui pdf berikut;

​​

Scroll to Top