Selamat datang ke laman https://bantuanrakyat.my
Polisi Penafian dan Kerahsian Laman Web
Halaman ini menerangkan tentang polisi kerahsian dan privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Laman web https://bantuanrakyat.my adalah dimiliki secara persendirian dengan menggunakan nama Info Terkini Bantuan (selepas ini dirujuk “Kami”). Laman ini mengumpulkan senarai bantuan untuk rakyat samaada daripada kerajaan, swasta, Majlis Agama atau mana-mana pertubuhan dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan info terkini bantuan secara berpusat.
Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Kami juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda melainkan anda menghantar email secara peribadi kepada laman web ini iaitu [email protected]
Waranti dan Penggunaan Maklumat
Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda.
Pihak Kami sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.
Penulisan Komen
Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:
1) Komen yang disifatkan sebagai spam
2) Komen tidak senonoh
3) Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
4) Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
5) Komen yang berbaur perkauman
6) Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
7) Komen yang tidak difahami
Hak Cipta Artikel, Maklumat, Bahan di Laman bantuanrakyat.my
Semua hasil penulisan di laman web bantuanrakyat.my ini adalah hak milik Kami kecuali dinyatakan rujukan atau sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran secara bertulis atau email kepada [email protected] sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.
Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari Portal Info Bantuan Rakyat beserta domain bantuanrakyat.my dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.
Pihak Kami sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini bagi tujuan penulisan yang bermanfaat.
Pihak Kami juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh dalam penulisan laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami dengan menggunakan halaman ini.
Privacy Policy (Polisi Penafian dan Kerahsiaan) ini ditulis dan sah pada 19 November 2020, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.
Kemaskini: 19 November 2020