Permohonan Rayuan STR 2023: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Buat pemohon yang tidak lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, kerajaan membuka peluang bagi permohonan rayuan STR 2023.

Ia sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak dengan mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam NegerI Malaysia (LHDNM).

Oleh yang demikian, sila teliti maklumat yang dikemukakan berikut bagi membolehkan permohonan rayuan STR dapat diterima.

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Tempoh Rayuan

Tempoh permohonan rayuan STR

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 03 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Cara dan Kaedah Rayuan

Kaedah Permohonan Rayuan STR adalah seperti berikut:

1) Permohonan Secara Dalam Talian

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

2) Permohonan Melalui Borang Manual

  • Penghantaran Borang Rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang terdekat.

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan STR secara dalam talian kerana kaedah tersebut adalah lebih mudah, cepat dan selamat.

Cara Rayuan Melalui Online MySTR

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat melalui langkah berikut;

  • Log Masuk Portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  • Klik butang Permohonan Rayuan 
  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti pendapatan kasar
  • Muatnaik dokumen yang diperlukan dan klik Muat naik
  • Sahkan Captcha
  • Klik Hantar. Permohonan Rayuan berjaya dihantar. Klik OK
  • Klik Cetak untuk menyimpan rekod permohonan

Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaSTR_DaftarMySTR.pdf

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus STR 2023.

Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.

“PENERANGAN KOD ALASAN TIDAK LULUS STR 2023 DAN PEMBUKTIAN DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN RAYUAN STR 2023” sila rujuk soalan 29 dalam soalan lazim Rayuan STR;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR_RAYUAN_STR_2023.pdf

Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Rayuan STR

Bilakah boleh buat semakan status bagi permohonan rayuan ini?

Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan berkaitan tarikh semakan tersebut.

Namun begitu, dalam satu pertanyaan netizen di laman Facebook, LHDM memaklumkan bahawa tarikh semakan status kelulusan permohonan rayuan STR 2023 akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Mohon rujuk portal STR.

LHDNM - Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Rayuan STR

Tersalah Isi Rayuan STR Secara Online

Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?

Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai LHDNM. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai LHDNM, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat LHDNM sebelum atau pada 31 Julai 2023.

Pengesahan Pengenalan (Kod Alasan 01/02/03)

Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Pengesahan Pendapatan (Kod Alasan 08/09/10/11/72)

Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2500 (bagi kategori Bujang). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan (Kod 72). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Bagi kod 72 (semakan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan). Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan yang sebenar pada Borang Permohonan Rayuan STR.

Pengesahan Pemilikan Perniagaan (Kod Alasan 14 / 15 / 16 / 17 / 18 / 19 / 20 / 21)

Adakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR saya dipertimbangkan?

Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR?

Ya. Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Permohonan STR saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Pengesahan Pemilikan Kenderaan (Kod Alasan 22 / 23 / 24)

Permohonan STR saya Tidak Lulus bagi kod 22 / 23 / 24 berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh rayuan STR dibuka?

Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan STR saya Tidak Lulus dengan kod 22 / 23 / 24 tetapi kenderaan tersebut telah hilang / dicuri dan laporan polis juga telah dibuat. Apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan semasa tempoh Permohonan Rayuan STR?

Sebarang pengemukaan dokumen sokongan adalah tidak diperlukan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

SayaTidak Lulus Kod 22 / 23 / 24 pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Apakah kriteria bagi kenderaan tersebut?

Kriteria pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) adalah seperti berikut:
i. Memiliki kenderaan mewah dan tahun buatan kurang daripada 5 tahun
ii. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 2,000 cc dan tahun buatan kurang daripada10 tahun
iii. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 1,600 cc dan tahun buatan kurang daripada 5 tahun
iv. Memiliki motosikal yang berkapasiti enjin melebihi 300 cc dan tahun buatan kurang 5 tahun
v. Memiliki kenderaan bagi bahan bakar hibrid dan tidak mengambil kira tahun buatan
vi. Memiliki kenderaan bagi bahan bakar elektrik dan tidak mengambil kira tahun buatan

Lain-lain Alasan Kod Tidak Lulus

  • Lain-lain Kod Tidak Lulus STR 2023
  • Lain-lain Kod Tidak Lulus STR 2023
  • Lain-lain Kod Tidak Lulus STR 2023

Senarai Kod Alasan Tidak Lulus STR

Berikut adalah kod alasan tidak lulus STR 2023.

​​

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS = TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN
01Alasan = Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan.

Tindakan/Dokumen Sokongan = Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalanii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensiyang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
02Alasan = Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor
Pengenalan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
03Alasan = Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
04Alasan = Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi

Tindakan/Dokumen Sokongan =
Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. MyKAD / MyKID Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
05Alasan = Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
Dokumen asal dan Salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Dokumen Pengenalan Pasangan; atau
ii. Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR); atau Sijil Perkahwinan (sekiranya pemohon tidak mempunyai anak)
06Alasan = Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau
2. Dokumen asal dan Salinan yang boleh dikemukakan ialah:
i. Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 tahun dan ke atas; atau
ii. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi sesi 2022 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau Dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 22 / 2023 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
07Alasan = Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

Tindakan/Dokumen Sokongan =
Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2022 / 2023; dan
ii. Kad Pelajar anak sesi 2022 / 2023
08Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
09Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk
pendapatan sewa

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
10Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
11Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
12Alasan = Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
13Alasan = Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
14Alasan = Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
15Alasan = Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Saham
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
16Alasan = Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikat
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
17Alasan = Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
18Alasan = Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pemegang Saham
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
19Alasan = Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Pengarah Syarikat
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
20Alasan = Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
21Alasan = Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
22Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
23Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i.Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
24Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i.Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
25Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
27Alasan = Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
28Alasan = Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM350,000

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pemilikan Hartanah
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
30Alasan = Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pembelian Saham

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian Transaksi Pembelian Saham
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
31Alasan = Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
32Alasan = Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Pemohon sendiri perlu hadir ke LHDNM bersama-sama borang Permohonan Rayuan STR 2023: dan
ii. Salinan MyKAD Pemohon
33Alasan = Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
35Alasan = Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023.
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) MyKAD Pasangan; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)
36Alasan = Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR (Pas Sempadan): dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
37Alasan = Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) MyKAD Pasangan; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
c) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
c) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
38Alasan = Anak telah membuat permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii. Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
39Alasan = Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii. Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan /
Perubahan Pendapatan
41Alasan = Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); dan
c) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
d) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarkan dalam permohonan STR)
ii. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
43Alasan = Status Perkahwinan perlu pengesahan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Dokumen Pengenalan Pasangan (MyKAD / MyPR / MyKAS / Sijil Lahir / Pasport / UNCHR / (Pas Sempadan); dan
c) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); atau
d) Sijil Lahir Anak (walaupun anak tidak didaftarka dalam permohonan STR)
44Alasan = Semakan agensi mendapati Anak berstatus Kahwin

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii. Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
46Alasan = Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan); atau
c) Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)
48Alasan = Anak meninggal dunia

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii. Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan – Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan /
Perubahan Pendapatan
49Alasan = Anak tidak menepati syarat kelayakan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian
ii. Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan
iii. Pemohon dibenarkan membuat Rayuan Tambahan –
Maklumat Anak lain yang menepati syarat kelayakan / Perubahan Pendapatan
70Alasan = Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Mac 2023
2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan STR)
71Alasan = Pasangan meninggal dunia

Tindakan/Dokumen Sokongan =
i. Tidak perlu sebarang dokumen pembuktian kematian pasangan meninggal dunia
ii. Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
72Alasan = Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
2. Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan pada Borang Permohonan Rayuan STR
73Alasan = Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan
pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

Tindakan/Dokumen Sokongan =
1. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah :
i. Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintu
ii. Perjanjian sewa rumah bagi perayu yang menyewa

Info dan Maklumat Lanjut STR 2023

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau 
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau 
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau 
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran

SUMBER; MySTR

Soalan Lazim Permohonan Rayuan STR 2023

Bilakah Permohonan Rayuan STR bermula?

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 03 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2023 adalah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Bagaimanakah kaedah Permohonan Rayuan STR?

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023 adalah seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
ii. Permohonan Melalui Borang Manual

Adakah saya perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayun STR?

Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod Tidak Lulus STR. Rujuk Soalan 29 bagi senarai dokumen mengikut kod alasan Tidak Lulus.

Bilakah Tarikh Bayaran Sekiranya Rayuan Diluluskan?

Akan diumumkan dari semasa ke semasa

Scroll to Top