Semakan Baki Akaun KWSP Melalui i-Akaun KWSP

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP dinasihatkan untuk membuat semakan baki simpanan KWSP.

Ia bertujuan melancarkan urusan permohonan berdasarkan baki terkini simpanan ahli.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000.

Sementara KWSP memaklumkan pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

Cara Semakan Baki Akaun KWSP Secara Online

Baki KWSP ada 31K

Bagi memudahkan urusan permohonan Pengeluaran Khas KWSP, semakan baki boleh dibuat secara online melalui portal i-Akaun (Ahli);

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk

Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas Melalui i-Akaun

Status permohonan Pengeluaran Khas KWSP juga boleh disemak melalui i-Akaun KWSP sebagaimana berikut;

  1. Log in i-akaun https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik pada bahagian withdrawal/pengeluaran.
Status Permohonan KWSP diluluskan (1)

Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu

Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikut langkah berikut;

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.

Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.

Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih. 

Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.

Pendaftaran i-Akaun Untuk Pengeluaran Khas KWSP

KWSP amat menggalakkan ahli untuk membuat pendaftaran i-Akaun bagi membolehkan ahli memanfaatkan kemudahan online sedia ada seperti semakan penyata dan semakan status pengeluaran serta kemudahan digital lain yang bakal dilancarkan pada masa-masa akan datang.

Namun, sekiranya ahli tidak berkesempatan untuk mengaktifkan i-Akaun, permohonan pengeluaran masih boleh dipohon menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my , kelak.

Bagi kelancaran urusan, mohon kemaskini nombor telefon TAC melalui kios/kaunter KWSP berdekatan. Untuk dapatkan lokasinya, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks .

Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000

Menurut KWSP, permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022. 

Permohonan dibuat secara online melalui laman portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my 

Ingat! Permohonan hanya secara online melalui portal Pengeluaran Khas.

Tarikh Pembayaran

Tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan pengeluaran khas KWSP adalah sebagaimana berikut;

  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap.
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP

Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran

  1. Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  2. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  3. Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
  4. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  5. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. 

Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. 

Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top