SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023.
Sukacitanya, semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023 (Selasa) jam 8 malam.
Pada tahun ini, MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid. Bagi tingkatan tingkatan 4 pula kapasiti kemasukan adalah sebanyak 2,109 pelajar.
Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan MRSM, masih berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara Semakan Tawaran MRSM

Pemohon boleh membuat semakan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi MARA melalui kaedah berikut;
Semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM Tingkatan 1 >>
https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/
Semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM Tingkatan 4 >>
https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/
*Semakan keputusan Tawaran MRSM akan diaktifkan pada jam 8 malam 7 Mac 2023
Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Pengesahan Terima / Tolak Tawaran MRSM
Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari (7 hari) atau sebelum 13 Mac 2023.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM.
Rayuan MRSM
Permohonan rayuan ke MRSM dibuka secara dalam talian sahaja, bermula pada 7 hingga 14 Mac 2023 melalui portal rasmi MARA https://www.mara.gov.my/

Tips Permohonan Rayuan MRSM Yang Dikongsikan oleh Tarmixi Hashim
Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu. Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataan tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu. Jangan tulis meleret2. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu. Ceritakan apa yg Mrsm boleh buat pada anak saya. Lambung2 la sikit Mrsm tu. Ceritakan bagaimana Mrsm boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana Mrsm mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya.. Saya dalam rayuan itu adalah anak. |
Pendaftaran MRSM Sesi 2023
Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pendaftaran baharu MRSM ditetapkan pada 21 Mac 2023 (Selasa) jam 8.30 pagi
Pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM.
Program Sistem Pendidikan MRSM
Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
- Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
- Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
- Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
- Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
- Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
- Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Bantuan Kewangan: Program Bantuan dan Kebajikan MRSM
MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

1.PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)
Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar.
Bantuan kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.
2. PEMBERIAN WANG SAKU (WS)
Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM.
Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
3. PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)
Pelajar B40 yang berkelayakan akan diberi pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) sepanjang tempoh pengajian di MRSM.
Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-261 34517/ 34516/ 34578/ 34494/ 39070/ 34533
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Soalan Lazim (FAQ)
Semakan tawaran kemasukan ke MRSM bole dibuat mulai 7 Mac 2023 jam 8.00
malam.
Semakan bole dibuat dengan melayari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan:
i. http://www.mara.gov.my
ii. https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/
iii. https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/
Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
i) Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempo tujuh (7) hari bekerja.
ii) Muat turn dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu
ili) Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
iv) Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).
Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.
Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 21 Mac 2023 jam 8.30 pagi.
Calon boleh mengemukakan rayan secara dalam talian melalui kotak rayan yang disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut bole dikemukakan melalui e-mel
[email protected].
Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2023, rayan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Sebarang pertanyaan berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM (selain daripada rayan) boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian: 03-261 34533/ 34517/ 34516/ 34578/ 34494/ 35073/ 34531/ 34532/ 34565/
34537/ 34540/ 34538/ 34534/ 34539
Lihat Senarai Program Pendidikan MRSM & Aliran di Seluruh Malaysia