Semakan Status Permohonan BKM 2022. Lulus atau tidak? Dalam Proses

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia pada Januari yang lalu, pastinya ingin tahu status keputusan permohonan BKM 2022.

Untuk makluman, permohonan BKM telahpun ditutup pada 31 Januari yang lalu. Bayaran pertama BKM akan disalurkan secara rasminya mulai 28 Mac 2022 (Isnin).

Namun begitu, adakah status permohonan anda diterima ataupun tidak? Ini kerana kebanyakan pemohon BKM mendapat status “DALAM PROSES” dalam MyBKM masing-masing.

Cara Semakan Status Permohonan BKM

Semakan status permohonan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) samaada lulus permohonan ataupun tidak lulus permohonan.

Keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk BKM
  • Masukkan no Mykad /ID pengguna
  • Klik semak
  • Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya sekiranya betul
  • Masukkan kata laluan
  • Klik pada semakan status (akan keluar status PERMOHONAN DITERIMA)

Sekiranya anda terlupa kata laluan (password) BKM, sila lihat panduan untuk dapatkan semula password anda;

Status Permohonan “DALAM PROSES”, Apa Maksudnya?

Kebanyakan pemohon mendapat status dalam proses dalam status permohonan BKM mereka sebagaimana dalam rajah di bawah.

BKM - Status Permohonan Dalam Proses

“DALAM PROSES” merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan kelulusan BKM 2022.

Apa pula maksud Status Pedalaman T atau Y?

Status Pedalaman Y & T

Jika anda melihat status pedalaman yang tertulis T atau Y ia bermaksud tidak ataupun ya.

Hal ini merujuk kepada status pedalaman pemohon.

  • Y = (ya) sekiranya kategori pemohon sebagai pedalaman.
  • T = (tidak) pemohon bukan kategori pedalaman.
Maksud Status Pedalaman BKM

Oleh yang demikian, segala keputusan samaada permohonan diluluskan ataupun tidak diluluskan akan diketahui pada 28 Mac 2022.

Namun, sekiranya anda semak dalam peti mel dalam MyBKM, akan memaparkan status berikut;

Permohonan BKM 2022 anda telah berjaya di hantar
Permohonan BKM 2022 anda telah berjaya dihantar dan akan diproses bagi penentuan kelayakan. Sila klik menu di MyBKM bagi semakan permohonan.

Hal ini bermaksud, permohonan anda belum lagi diluluskan.

Status BKM 2022 anda adalah telah berjaya dihantar dan akan diproses bagi menentukan kelayakan adakah menetapi syarat dan kelayakan pemohon sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.

Makluman akan status Permohonan BKM sama ada anda lulus ataupun tidak diketahui pada 28 Mac ini

Sekiranya anda lulus, bayaran pertama akan dibuat mulai 28 Mac hingga 8 April 2022, sebaliknya sekiranya tidak lulus, kerajaan akan membuka permohonan rayuan mulai 2 Mei 2022 selama sebulan.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Syarat Kelayakan BKM 2022

Kelayakan BKM adalah berdasarkan 3 kategori berikut;

  1. Isi Rumah 
    1. Kahwin; atau 
    2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan 
    1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan 
    3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 
  3. Bujang 
    1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
    2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
    3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. 
Syarat dan Kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Tarikh Bayaran

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran fasa pertama BKM akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac hingga 8 April 2022.

Jadual Pembayaran BKM 2022

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 1

Bagi pembayaran BKM fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Bagi fasa 1 kadar pembayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Isi rumah B40: RM300
  • Isi rumah M40: RM200 (1-2 anak) & RM300 (Anak 3 & ke atas)
  • Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak: RM200
  • Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas: RM150

Jadual pembayaran daripada portal MyBKM ini menerangkan dengan lebih jelas kadar pembayaran fasa 1 hingga fasa 4 beserta amaun tambahan bagi mereka yang layak.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 28 Mac hingga 8 April 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Cara Bayaran BKM Fasa 1

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan NegaraKementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592
Putrajaya.
Apa maksud Permohonan Diterima dalam status BKM?

Permohonan BKM 2022 telah berjaya dihantar dan akan diproses bagi penentuan kelayakan.

Cara Semakan Status Permohonan BKM

1. Melalui laman portal BKM https://bkm.hasil.gov.my/
2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022

Bilakah Tarikh Bayaran BKM fasa 1

Bulan Mac 2022. Tarikh sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Scroll to Top