Seperti yang dimaklumkan dalam siaran media Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan dan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 13 Julai 2023 (Khamis).
Calon-calon STPM dan juga ibu bapa pastinya tidak sabar dengan pengumuman ini setelah berhadapan dengan peperiksaan yang lalu.
Untuk makluman, seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan 5,668 petugas peperiksaan dilantik.
Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2022
Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2022 akan dikeluarkan mulai 13 Julai 2023 (Khamis) jam 11.30 pagi.
Cara Semakan Keputusan STPM 2022
Calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah yang berikut:
- Calon Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan / swasta boleh memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 dari sekolah masing-masing mulai jam 11:30 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis); dan/atau
- Secara dalam talian di patan http://stpm.mpm.edu.my/stpmk untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 mulai jam 11:30 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis); dan/atau
- Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11:00 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis) sehingga jam 12:00 tengah hari pada 23 Julai 2023 (Ahad).
Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2022
Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang akan diumumkan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan bin Hj. Toriman, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga Naib Canselor UKM secara langsung di saluran media sosial rasmi MPM seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 13 Julai 2023 | Khamis
- Masa: 11.30 pagi
Siaran langsung boleh ditonton melalui laman berikut;
https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW 2022
Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW 2022 yang akan disempurnakan oleh YB Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia secara langsung di saluran media sosial rasmi MPM seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 13 Julai 2023 | Khamis
- Masa: 12.30 tengah hari
Siaran langsung boleh ditonton melalui laman berikut;https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
Mengenai STPM
STPM adalah salah satu daripada sistem pra-universiti yang utama untuk kemasukan universiti awam di Malaysia. Sistem yang lain adalah Program Matrikulasi.
STPM diterima oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland serta lain – lain negara bukan Komanwel. Ini adalah kerana STPM diiktiraf setaraf dengan A-level.
Latar Belakang STPM
- STPM Sistem Terminal mula dilaksanakan pada tahun 1982.
- Sistem modular (semester) mulai 2012 bagi kohort 2013.
Sistem Pengajian
- Tiga semester
- Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan
- Pilih minimum 4 mata pelajaran, maksimum 5 mata pelajaran
- Tempoh pengajian setahun setengah
Sistem Pentaksiran
- Peperiksaan semester (bertulis)
- Kerja kursus
- Peperiksaan ulangan
- Keputusan STPM, pilih keputusan terbaik antara peperiksaan semester dan peperiksaan ulangan dan dijumlahkan dengan kerja kursus
Yuran
- Yuran asas: RM120.00
- Yuran setiap mata pelajaran: RM90.00
- Cai ulang: RM50.00 per kertas
Sistem Gred
- Gred A,A-,B+, B,B-,C+,C (lulus penuh)
- Gred C-,D+, D (lulus sebahagian)
- Gred F (gagal)
Taraf
• Setaraf A-level Cambridge
Pengiktirafan
- JPA untuk bekerja dalam perkhidmatan awam
- Kerajaan Malaysia untuk sambung iazah di IPTA dan IPTS
- Cambridge Assessment UK untuk sambung ijazah di IPT luar negara (negara Komanwel dan bukan Komanwell)
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Soalan Lazim (FAQ)
13 Julai 2023 (Khamis)
1) Calon Sekolah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan/ swasta boleh memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 dari sekolah masing-masing mulai jam 11.30 pagi pada 13 Julai 2023.
2) Semakan melalui portal MPM mulai jam 11.30 pagi:
http://stpm.mpm.edu.my/stpmK
3) Semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai jam 11.00 pagi:
STPM<jarak>No. K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888