Thursday, September 21, 2023
HomeSemakanSemakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024 public.moe.gov.my 

Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024 public.moe.gov.my 

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI KEMASUKAN SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

Untuk makluman, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1 Ogos 2022

Bagi Ibubapa atau penjaga yang telah membuat permohonan bagi kemasukan tahun 1 pada bulan Mac – April yang lalu, bolehlah membuat semakan mulai tarikh yang disebutkan di atas.

Cara Semakan

Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1 secara atas talian (online),  melalui pautan berikut;

https://public.moe.gov.my

pendaftaran, semakan pendaftaran, rayuan dan semakan rayuan tahun 1

Terlupa Kata Laluan (Password)

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan (password) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ikuti langkah-langkah berikut;

Terlupa kata laluan SPS KPM
  1. Tekan Lupa Kata laluan
  2. Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod
  3. Klik butang MOHON KATA LALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Set Semula Kata Laluan Melalui e-mel SPS KPM

Pengesahan Penempatan dan Rayuan

Sekiranya Ibu bapa atau penjaga bersetuju dengan penempatan anak masing-masing, pengesahan penempatan bolehlah dibuat melalui laman diatas.

Namun, sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan, rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tawaran Penempatan Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023-2024

Tempoh Semakan, Pengesahan dan Rayuan

Semakan, pengesahan dan rayuan dibuka selama 30 hari bermula 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

Sekiranya ibu bapa atau penjaga membuat rayuan, tarikh keputusan rayuan bagi penempatan tahun 1 adalah pada 1 Oktober 2022.

Keputusan Penempatan Murid Warganegara Malaysia Ke Tahun 1 Sesi 2023

Tindakan Ibu / Bapa / Penjaga

Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga sama ada bagi pengesahan penempatan tahun 1 atau rayuan sekolah pilihan .

Perakuan Penempatan

  1. Pengesahan penempatan perlu dibuat oleh ibu/bapa/penjagan dalam sistem online Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
  2. Cetak dan simpan surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah dengan selamat. Dokumen ini tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah. Namun, cetak dan simpan sekiranya diperlukan semasa pendaftaran di sekolah.
  3. Sekiranya ibu bapa atau penjaga menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan, hubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan.

Permohonan Rayuan

  1. Permohonan Rayuan Penempatan hanya dibuat secara atas talian (online) sahaja. Tiada proses Rayuan Manual
  2. Permohonan rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh yang dibenarkan sahaja (1-30 Ogos 2022).
  3. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  4. Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  5. Cetak dan simpan Keputusan rayuan  dengan selamat untuk digunakan semasa pendaftaran di sekolah sekiranya diperlukan.

Sesi Persekolahan 2023/2024

Persekolahan bagi sesi 2023/2024 dijangka bermula pada;

  • 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan; 
  • 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B.

KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu 

KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

* sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.

Info dan Pertanyaan

Info lanjut dan pertanyaan atau Sebarang masalah serta aduan berkaitan dengan sistem penempatan tahun 1, boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing melalui pautan berikut;

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Sila pilih JPN masing-masing mengikut negeri dan pilih JPN/PPD yang berkenaan.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!