[RASMI] STR Fasa 4: Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Rahmah

Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . Penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Semakan Status STR Fasa 4 dan Rayuan STR

Semakan status  STR Fasa 4 dan rayuan STR boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan Permohonan; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;

Maklumat status dan bayaran STR fasa 4

Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
STR Fasa 4 dalam proses pengkreditan

Tarikh Bayaran

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai Selasa, 7 November 2023.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 4

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima STR sedia ada akan menerima bayaran antara  RM100 hingga RM1,200 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Manakala bagi bagi penerima rayuan, nilai pembayaran antara RM100 hingga RM2,500.

Bagi penerima sedia ada akan menerima bayaran sebagaimana berikut;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Untuk makluman, jadual ini adalah bayaran bagi penerima STR sedia ada yang menerima bayaran STR fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Jadual bayaran bagi penerima yang berstatus lulus rayuan STR akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 4 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 7 November hingga 9 November 2023.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 (Selasa)

Pembayaran STR Fasa 4 Melalui BSN

Pembayaran STR fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Bayaran STR Fasa 4 secara tunai akan turut dilakukan mulai 7 November 2023 (Selasao) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_01

Kemaskini STR 2024

Kemaskini maklumat STR 2024 kini dibuka kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi tujuan kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Penerima STR 2023 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau Bagaimanapun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Maklumat penting Kemas kini dan Permohonan baharu STR 2024

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Permohonan Baharu STR 2024

Permohonan baharu STR juga turut dibuka mulai 1 November 2023.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

BilTarikh Penghantaran Borang Permohonan(Dalam Talian dan Borang Kertas)Tarikh Pembayaran
1.1 November 2023 – 30 November 2023Februari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
3.1 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.1 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan STR 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Risalah STR 2024_page-01
Risalah STR 2024_page-02

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / TalianWaktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)(Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747)9.00 Pagi – 5.00 Petang(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar)Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Siaran Media STR Fasa 4

  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_01
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_02
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_03
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_04

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4?

Mulai 7 hingga 9 November 2023 secara berperingkat.

Bagaimana cara semakan secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Berapakah jumlah bayaran bagi fasa 4?

RM100 hingga RM1200 mengikut kategori penerima (rujuk jadual)

Berapakah jumlah bayaran bagi penerima rayuan STR yang lulus status?

Antara RM100 hingga RM2500.

Bagaimanakah cara bayaran?

> Ada akaun mulai 7 November 2023 (Selasa)
> Tiada akaun – tunai di BSN mulai 7 November 2023 (Selasa)

Scroll to Top