Teka teki mengenai tarikh bayaran STR fasa 3 akhirnya terjawab apabila Kementerian Kewangan pada 22 Jun telah mengeluarkan siaran media mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3.
Mengikut jadual bayaran Kementerian Kewangan, sepatutnya bayaran fasa 3 STR adalah pada bulan Julai 2023. Namun Perdana Menteri mengambil inisiatif mengawalkan bayaran sebelum Hari Raya Aidiladha sebagai persiapan rakyat untuk sambutan Hari Raya Haji.
“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.
Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bila Sebenarnya Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai hari Isnin 26 Jun 2023.
Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, tarikh pembayaran adalah mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Manakala bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Semakan Status Terkini STR 2023
Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023. Anda boleh buat semakan status STR melalui 5 kaedah berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 3
- Klik maklumat pembayaran
Jika anda buat semakan, status terkini permohonan adalah masih “DALAM PROSES”.
Status STR “DALAM PROSES”: Apa Maksudnya?
Kebanyakan pemohon baharu dan penerima sedia ada mendapat status dalam proses dalam status terkini STR masing-masing sebagaimana berikut;

Apa maksud Dalam Proses? Lulus atau tidak?
“DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.
Sebelum ini, penerima bayaran STR fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon & pasangan sehingga 28 Februari 2023.
Manakala permohonan baharu / kemas kini STR yang bukan penerima fasa 1 & fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Oleh yang demikian, segala keputusan samaada permohonan diluluskan ataupun tidak diluluskan akan diketahui dalam semakan seterusnya yang boleh dibuat sebelum Hari Raya Aidiladha.
Rayuan STR
Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julal 2023.
Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Neger Malaysia (LHDNM).
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Syarat Kelayakan STR 2023
Adakah saya dapat STR Fasa 3?
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran Fasa 3
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasrkan kelayakan masing-masing.
Kategori yang akan menerima bayaran fasa 3 adalah;
- Isi Rumah
- Warga Emas
- Bujang.
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN
Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Siaran Media Bayaran STR Fasa 3

Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023.
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
“DALAM PROSES” adalah merujuk kepada permohonan yang sedang melalui proses semakan status kelulusan STR 2023.
[Terkini] RM100 hingga RM1300.