Tarikh Bayaran STR Fasa 4 – Bila Duit Masuk?

Kini semakin ramai yang bertanya bilakah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 4. 

Untuk makluman, pembayaran bagi fasa 4 adalah adalah yang terakhir bagi tahun ini di mana jumlahnya adalah berbeza berdasarkan kategori kelayakan setiap penerima masing-masing.

Untuk fasa terakhir ini, bayaran yang diterima antara RM200 hingga RM1200 mengikut kategori masing-masing.

Pun begitu, ada juga kategori yang tidak dapat bayaran dalam fasa 4 ini.

Berikut adalah dikongsikan mengenai semakan status, tarikh dan jumlah bayaran STR fasa 4.

Bila Sebenarnya Tarikh Bayaran STR Fasa 4?

Buat masa ini belum ada lagi pengumuman rasmi mengenai tarikh pembayaran STR Fasa 4.

Namun begitu, berdasarkan jadual pembayaran STR 2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum ini, pembayaran fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuat pada bulan November 2023.

Jadual pembayaran STR 2023

Walaupun begitu, tarikh sebenar pembayaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang akan dibuat dari semasa ke semasa.

Jika diikutkan pembayaran STR fasa 1, fasa 2  dan fasa 3 sebelum ini, tiada tarikh khusus yang ditentukan bagi pembayaran tersebut;

  • Fasa 1 – 17 Januari 2023 (Selasa)
  • Fasa 2 – 5 April 2023 (Rabu)
  • Fasa 3 – 26 Jun 2023 (Isnin)
  • Fasa 4 – Belum diumumkan

Penetapan tarikh bayaran ini samaada dipercepatkan atau dilewatkan bergantung kepada keputusan Perdana Menteri mengenai situasi dalam negara seperti berlakunya bencana banjir dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, pengumuman tarikh sebenar akan dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan melalui pengumuman rasmi oleh Kerajaan.

Semakan Status Terkini Bantuan Rahmah

Semakan status STR boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan permohonan; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Permohonan
  • Klik Maklumat Bayaran

Sekiranya anda terlupa kata laluan, lihat panduan berikut (Bahagian C) dalam laman portal STR;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR.pdf

Bila Pula Tarikh Keputusan Rayuan STR?

Ramai juga yang bertanya mengenai status bagi permohonan rayuan ini.

Buat masa ini juga belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan berkaitan tarikh semakan tersebut.

Namun begitu, dalam satu pertanyaan netizen di laman Facebook, LHDM memaklumkan bahawa tarikh semakan status kelulusan permohonan rayuan STR 2023 akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Mohon rujuk portal STR.

LHDNM - Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Rayuan STR

Namun berdasarkan pengalaman bantuan-bantuan tunai Kerajaan yang lepas, status semakan rayuan STR boleh diketahui pada fasa 4 pembayaran.

Bayaran Fasa 4 STR dijangkakan pada bulan November 2023. Apapun pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan selepas ini.

Jumlah Pembayaran STR Fasa 4?

Jumlah bantuan STR fasa 4 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Penerima akan menerima antara RM200 hingga RM1,200 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Kategori yang akan menerima bayaran fasa 4 adalah;

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut adalah kadar dan jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing;

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Isi rumah  (tiada had umur)  dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Tiada Bayaran

Untuk makluman, jadual ini adalah bayaran bagi penerima STR sedia ada yang menerima bayaran STR fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Jadual bayaran bagi penerima yang berstatus lulus rayuan STR akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.

Cara Bayaran

Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat berdasarkan  kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Penerima STR Layak Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR bagi tahun 2023.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. 

Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan seperti berikut: 

Kelayakan Menerima _ Skim Khairat Kematian STR_

CARA TUNTUTAN

Tuntutan SKK STR boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Sila Rujuk Soalan 19 (iii) dalam Soalan Lazim https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MAKLUMAT_WARIS_DAN_SKIM_KHAIRAT_KEMATIAN_(SKK).pdf)

Soalan Lazim (FAQ)

Bila tarikh bayaran STR Fasa 4?

November 2023

Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?

Antara RM200 hingga RM1200 mengikut kelayakan penerima masing-masing

Bagaimana cara membuat semakan STR secara online?

Melalui portal MySTR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana cara pembayaran STR fasa ke 4?

1 – Kredit ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan STR 2023 secara berperingkat. 
2 – Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR 2023. 
b) Pembayaran Fasa 4 STR 2023 berstatus Gagal Kredit.

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa ini adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

Kategori bujang dapat atau tidak fasa 4?

Tak dapat

Scroll to Top