Zakat Fitrah Johor 2023: Kadar dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri Johor untuk tahun 2022 pada 15 Mac lalu melalui platform Facebook rasminya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata,  kadar itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini.

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

Bagi memudahkan umat Islam, bayaran zakat fitrah boleh dibuat secara dalam talian menerusi zakat online payment dan aplikasi TULUS atau terus ke kaunter MAINJ di setiap cawangan atau daerah.

Rakyat dan Bangsa Johor digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2023 / 1444H

RM7.00 = Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Tempatan pada harga RM 2.60 sekilogram dan ianya merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Johor berbanding Beras Bukan Tempatan (Import).

RM13.00 = Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Tempatan pada harga purata RM 4.81 sekilogram seperti Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.

Untuk makluman, kadar zakat fitrah di negeri Johor pada tahun 2023 meningkat sedikit berbanding RM7 dan RM10, tahun lalu.

Saluran dan Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2023

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadat zakat fitrah pada tahun ini, MAINJ telah menetapakn 3 kaedah pembayaran sebagaimana berikut;

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bayaran secara online boleh dilakukan melalui 3 kaedah berikut;

1. Fast pay di http://fitrah.maij.gov.my

2. Zakat Johor online payment di epayment.maij.gov.my

3. Aplikasi TULUS di https://www.tulus.my/

2. Melalui Amil Zakat Fitrah

​​Orang ramai juga boleh membuat bayaran kepada seramai 1,648 amil yang telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugasan memungut zakat fitrah di seluruh negeri ini.

3. Melalui kaunter-kaunter MAINJ diseluruh daerah

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di setiap daerah.

Peringatan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tentang Zakat Fitrah Bagi Rakyat Johor

  1. Umat Islam yang bermukim di negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di negeri Johor.
  2. Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
  3. Bayaran   fitrah   hendaklah   dibayar   kepada amil   bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada MAINJ.
  4. Memastikan  setiap  pembayaran  zakat   fitrah  menerima  resit  rasmi MAINJ.
  5. Bagi mematuhi Perintah  Kawalan  Pergerakan yang  ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha  membendung penularan wabak  COVID-19, semua  pihak  iaitu  amil  bertugas  dan  pembayar  zakat, prosedur keselamatan yang ketat (SOP)  mesti  dipatuhi  bagi  mengelakkan sebarang jangkitan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk maklumat berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatjohor
Laman Webhttps://www.maij.gov.my/
Telefon07-224 3918
Emel[email protected]

Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah Negeri Johor

Berapa kadar zakat fitrah negeri Johor bagi tahun 2023 /1444?

RM7.00 –  Beras Super Tempatan
RM13.00 – Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.

Bagaimana cara untuk membayarnya?

– Secara atas talian (online).
– Melalui amil yang dilantik.
– Melalui kaunter di seluruh daerah.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Scroll to Top