Zakat Fitrah Pulau Pinang 2023: Kadar dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2023 / 1444H setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAINPP menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Yang Dipertua MAINPP Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penetapan tiga kadar bayaran berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mereka dengan kadar yang lebih tinggi mengikut kemampuan.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Pulau Pinang 2023

RM7.00 per seorang – Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:

  • Beras Super Special Tempatan (5% / 10%)
  • Beras tempatan (Standard / Premium)
  • Beras hancur
  • Beras merah
  • atau setara

RM13.00 per seorang – Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:

  • Beras wangi
  • Beras pulut
  • Beras rebus
  • Beras Import
  • atau setara

RM20.00 per seorang – Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:

  • Beras basmati
  • Beras Ponny
  • Beras Jepun / Calrose
  • atau setara (Beras berkualiti tinggi)

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Pulau Pinang Tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri.

Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, terdapat 𝟲 kaedah bayaran yang boleh dibuat sebagaimana berikut;

  1. Melalui Portal zakatpenang2u.com 
  2. Melalui Kod QR zakatpenang2u.com (open payment)
  3. Menggunakan aplikasi TULUS https://app.tulus.my/zakat 
  4. Menggunakan aplikasi GoPAYZ http://bit.ly/GoPayz 
  5. Perbankan internet maybank2u.com.my @ CIMB Click 
  6. Perkhidmatan MyEG https://www.myeg.com.my/

Bayaran Melalui Amil

Selain menggalakkan pembayaran Zakat Fitrah secara online, kaedah pembayaran secara konvensional iaitu melalui amil yang dilantik juga boleh dilakukan.

Pada tahun ini, seramai 1,699 amil ditauliahkan di seluruh Pulau Pinang dan 237 kariah ditetapkan sebagai pusat kutipan.

Umat Islam dan warga Pulau Pinang dinasihatkan agar membayar zakat fitrah mereka kepada amil yang sah dan dilantik oleh MAINPP sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 16, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Perkara 33 menggariskan mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberi kuasa oleh majlis adalah melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut Perkara 34 menetapkan mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Zakat Pulau Pinang melalui Facebook;

https://www.facebook.com/zakatpenang/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://zakatpenang2u.com/

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Soalan Lazim FAQ

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2023?

RM7.00 – Beras Super Special Tempatan (5% / 10%), Beras tempatan (Standard / Premium), Beras hancur, Beras merah atau setara.
RM13.00 – Beras wangi, Beras pulut, Beras rebus, Beras Import atau setara.
RM20.00 – Beras basmati, Beras Ponny, Beras Jepun / Calrose atau setara (Beras berkualiti tinggi)

Pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di Penang?

– Secara atas talian (online) Melalui https://zakatpenang2u.com/
– Melalui 1699 amil yang dilantik di 237 kariah

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Scroll to Top