Tuesday, February 20, 2024
HomeBantuan IPTAnugerah Biasiswa PNB 2023: Lepasan SPM dan Asasi 

Anugerah Biasiswa PNB 2023: Lepasan SPM dan Asasi 

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa PNB bagi tahun 2023 kini dibuka!​

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu Anugerah Biasiswa Luar Negara bagi lepasan SPM dan kategori Anugerah Biasiswa Perdana YTI 2023 bagi lepasan Asasi.

Calon-calon yang layak, bolehlah memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Apa Itu Anugerah Biasiswa PNB?

Pendidikan merupakan salah satu daripada teras Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNB.  

Oleh yang demikian, PNB ingin menyumbang kepada pembangunan lestari modal insan dengan menyediakan peluang pendidikan dan mewujudkan generasi profesional berkaliber tinggi dan berbakat untuk PNB dan Malaysia. 

Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.

Dua kategori permohonan bagi anugerah Biasiswa PNB 2023 iaitu

  1. Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2023 (Lepasan SPM) 
  2. Anugerah Biasiswa Perdana YTI 2023 (Lepasan Asasi)

Tempoh Permohonan

Tempoh permohanan bagi Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2023 (Lepasan SPM) & Anugerah Biasiswa Perdana YTI 2023 (Lepasan Asasi) dibuka pada 30 Mei sehingga 15 Jun 2023.

Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2023 (Lepasan SPM)

Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM 2022. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di universiti luar negara, tertakluk pada kelulusan PNB.

  1. Minimum 8A (A+/A) dalam peperiksaan SPM/ IGCSE terkini.
  2. Minimum B2 dalam “The Common European Framework of Reference for Languages” (CEFR).

Anugerah Biasiswa Perdana YTI 2023 (Lepasan Asasi)

Permohonan hanya dibuka kepada calon-calon yang telah menerima TAWARAN BERSYARAT dari universiti-universiti tertentu di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pengkhususan yang berkaitan dengan perniagaan teras PNB.

Senarai universiti:

United Kingdom (UK)

  • University of Oxford
  • University of Cambridge
  • Imperial College London
  • University College London (UCL)
  • London School of Economics & Political Science (LSE)

Amerika Syarikat (AS)

  • California Institute of Technology (Caltech)
  • Stanford University
  • Massachusetts Institute of Technology (MIT)
  • Harvard University
  • Princeton University
  • University of Chicago
  • University of Pennsylvania
  • Yale University
  • Johns Hopkins University
  • Columbia University
  • University of California, Los Angeles
  • Duke University
  • University of California, Berkeley
  • Cornell University
  • Northwestern University

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman portal rasmi PNB melalui pautan berikut;

https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/

Pemohon yang belum mempunyai akaun, perlu mendaftar terlebih dahulu.

Panduan mengisi borang;

Tarikh tutup permohonan: 15 Jun 2023

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info lanjut, sila layari

  1. Laman web https://www.pnb.com.my/ 
  2. Facebook: Permodalan Nasional Berhad Rasmi

Sumber: Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2023

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!