Sunday, September 25, 2022
HomeBantuan IPTPermohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2022 

Permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2022 

MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.

Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?

Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Iklan Program Graduan Cemerlang MARA atau Graduate Excellence Programme (GrEP) MARA 2022

Syarat Kelayakan Program Graduan Cemerlang (GrEP)  

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut: 

Syarat Umum

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022
Had umur pemohon pada 31 Disember 2021
  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  2. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  3.  Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  4.  Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5.  Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  6. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

  1. Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut;
Syarat Akademik Grep 2022
  1. Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.
  2. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program

1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.

2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.

3. Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.

4. Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di Lampiran B.

5. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.

6. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

7. Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di bawah

Kursus Bagi Program Graduan Cemerlang 2022

Cara Memohon

Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan berikut;

https://myeduloan.mara.gov.my/v3/

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.  

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses. 

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2022.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran 
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 
03-2613 2103 / 2054 / 2075 ([email protected] Luar Negara) 
03-2613 2090 / 2106 / 2083 ([email protected] Dalam Negara)

Emel : 
[email protected] (bagi permohonan dalam negara) 
[email protected] (bagi permohonan luar negara) 

Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA 

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?

Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!