Program Bakul Prihatin MBSA (Rezeki Kasih): Cara Permohonan

MBSA telah melaksanakan program Bakul Prihatin MBSA dengan kerjasama 99Speedmart, melalui pakej pembelian barangan makanan asas/nutrisi bayi untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan khususnya isi rumah bagi kumpulan B40.

Program ini bertujuan membantu golongan yang terjejas dan kurang berkemampuan akibat pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.

Program ini sudah pun bermula pada 8 Februari 2021 yang lalu namun masih diteruskan sehingga kini kepada mereka yang memerlukan.

Jenis Sumbangan Barangan

Antara jenis barangan makanan asas yang diberikan ialah;

  1. Beras
  2. Minyak masak
  3. Tepung gandum
  4. Gula
  5. Biskut
  6. Sardin Tin
  7. Biskut 
  8. Milo paket
  9. Dan lain-lain

Dan barangan nutrisi bayi kepada golongan B40.

Cara memohon Sumbangan 

Program Bakul Prihatin MBSA (Rezeki Kasih), memberi kepada mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan ini, permohonan dan pertanyaan boleh menghubungi;

Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA

  1. En Syahid : 019-367 6634
  2. En Khuzaifah : 011-3260 4000

Atau Majlis Perwakilan Pendudukan (MPP) Shah Alam

Sekiranya ingin menjadi Penyumbang

Orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan ini boleh membuat pembelian pakej baucar makanan asas iaitu Pakej Aranda bernilai RM10, Pakej Mokara bernilai RM30, Pakej Vanda bernilai RM50 seperti beras, minyak, susu dan sebagainya serta Pakej Caladenia bernilai RM50 (barangan nutrisi bayi) yang boleh didapati di 80 premis 99Speedmart di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.

Anda boleh menghubungi;

Seksyen Kemasyarakatan Jabatan Pembangunan Komuniti (03-5510 5133 sambungan 1381, 1636.

Bahagian Pembangunan Mampan Jabatan Perancangan: sambungan 1568, 1573.

Orang ramai yang sudah menyumbang melalui pembelian barangan makanan asas/nutrisi bayi ini akan diberikan baucar khas dan sijil penyertaan sebagai penghargaan usaha murni membantu golongan berkenaan.

Info Tambahan

Program Bakul Prihatin MBSA adalah kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Mampan melalui pendekatan ‘Leaving No One Behind’ meliputi isu pembangunan sosial, ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, dan keadilan sosial yang mengambil kira matlamat Sustainable Development Goals (SDGs)

SDGs 1 adalah menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana, manakala SDGs 2 mengakhiri kelaparan, mencapai keselamatan makanan dan meningkatkan nutrisi dan mempromosikan pertanian mampan dan SDGs 3 memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut boleh lihat;

Laman web: www.mbsa.gov.my

Facebook: https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/

Instagram: https://www.instagram.com/sacitycouncil/

Twitter: https://twitter.com/sacitycouncil 

Join-US-now-on-Telegram-Info-Bantuan-Rakyat
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy
Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Group Facebook: Info Bantuan Semasa 2021
Scroll to Top