Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan Bakul MakananBantuan Prihatin 2021 Utk Kanak-kanak Yayasan Nurjiwa & Siti Nurhaliza

Bantuan Prihatin 2021 Utk Kanak-kanak Yayasan Nurjiwa & Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dalam pengumuman beliau di instagramnya ctdk memakluman akan menyalurkan sumbangan melalui program Bantuan Prihatin 2021 bagi  membantu 1,500 keluarga yang terjejas akibat impak pandemik Covid-19.

Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn.Bhd menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan sepanjang PKP dan PKPD di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.

Program bantuan ini turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd., Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd.

Jenis Bantuan

Bantuan ini memfokuskan kepada penyediaan barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah dan boleh dipohon keluarga memerlukan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Syarat Permohonan

Ia dibuka kepada keluarga susah yang mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah dengan hanya diwakili sama ada suami atau isteri saja ketika membuat permohonan itu.

Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat oleh salah seorang wakil suami atau isteri sahaja.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Bantuan Prihatin 2021, pihak berkenaan boleh berbuat demikian menerusi permohonan di aplikasi Google Form https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548

atau dengan menekan butang di bawah

Apa yang perlu di isi dalam borang permohonan?

Mereka yang ingin memohon Bantuan Prihatin 2021 ini perlu mengisi dengan lengkap maklumat berikut;

  1. Email 
  2. Nama penuh pemohon (contoh Abu Bin Ali) 
  3. Alamat tempat tinggal
  4. Negeri 
  5. Nombor telefon
  6. Bilangan anak
  7. Usia anak * di bawah enam tahun sahaja layak memohon
  8. Gambar surat beranak anak 
  9. Keterangan masalah yang dihadapi

Kenyataan Siti Nurhaliza di Instagram

Pihak Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.

Pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn.Bhd, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berharap agar program bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.

Jelasnya, bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

” Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini. Justeru, saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,” ujar Siti.

Siti mewakili Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd. menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini.

Program Bantuan Prihatin 2021 ini boleh dimohon dengan mengisi Google Form sahaja. Keluarga susah dan mempunyai anak berusia 6 tahun ke bawah layak memohon.

Klik pautan Google Form ini

https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548.

Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat oleh salah seorang wakil suami atau isteri sahaja.

Orang ramai boleh menyumbang ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund.

Untuk menyumbang, sila klik link ini https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund.

Join-US-now-on-Telegram-Info-Bantuan-Rakyat
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy
Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Group Facebook: Info Bantuan Semasa 2021

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!