Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan Bakul MakananPermohonan & Semakan Program Kasih Prihatin Barang Dapur RM300

Permohonan & Semakan Program Kasih Prihatin Barang Dapur RM300

Kerajaan telah mengumumkan Program Kasih Prihatin di bawah inisiatif PEMERKASA untuk isi rumah golongan miskin bandar tanpa tunai (Cashsless) melalui MyKad mulai Julai 2021.

Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Apa itu Program Kasih Prihatin?

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Kelebihan dan Kaedah pelaksanaan

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka. 

Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah. 

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya. 

Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Jumlah Pembayaran 

Penerima Program PRIHATIN Kasih akan menerima elaun keseluruhan sebanyak RM300.

Pembayaran  RM100 dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka selama 3 bulan. Elaun ini boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Tarikh dan Cara Pembayaran

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Tarikh pembayaran adalah berbeza mengikut negeri masing-masing yang dibuat selama 3 bulan.

NEGERIBULAN PELAKSANAAN
Selangor dan Kuala LumpurJulai – September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah Perlis, Perak, Melaka dan TerengganuOgos – September 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan SarawakSeptember – November 2021Atau Oktober – Disember 2021(akan dimaklumkan kemudian)

Kaedah dan Jumlah pembayaran adalah RM 100 selama 3 bulan mengikut negeri masing-masing sebagaimana jadual di atas.

Sebagai contoh untuk Selangor dan KL:

Bulan PelaksanaanJumlah Bayaran
Julai 2021RM100
Ogos 2021RM100
SeptemberRM100

Senarai Barangan Asas Yang Layak Dituntut (Dibeli)

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  • ✅ beras,
    ✅ mi,
  • ✅ roti,
    ✅ biskut,
    ✅ telur,
    ✅ perasa,
    ✅ tepung,
    ✅ minyak masak,
    ✅ makanan dalam tin dan
    ✅ minuman.

Senarai Pasaraya yang boeh dibuat Tuntutan

Terdapat lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai untuk dibeli bagi tuntutan Program Kasih Prihatin ini seperti;

  • Mydin, 
  • Giant, 
  • Econsave, 
  • The Store, 
  • Pacific, 
  • Milimewa, 
  • 99 Speedmart, 
  • Lotus Stores (Tesco) 
  • serta kedai-kedai runcit

Semakan Status Program Kasih Prihatin

Anda boleh membuat semakan status kelayakan melalui pautan di bawah;

  • Masukkan nombor mykad anda
  • Masukkan nombor captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Tekan butang Semak status
Infografik: BERNAMA

Info Dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

Join-US-now-on-Telegram-Info-Bantuan-Rakyat
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy
Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Group Facebook: Info Bantuan Semasa 2021

Soalan Lazim

Apa itu Kasih Prihatin?

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran adalah RM100 untuk 3 bulan.

Tarikh Pembayaran

Mulai 1 Julai mengikut negeri masing-masing.

Cara Semakan Kasih Prihatin

Semak status penerima PRIHATIN Kasih di sini.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!