Wednesday, December 6, 2023
HomeInfoCara Claim Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 31 Dis

Cara Claim Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 31 Dis

Kerajaan meneruskan pemberian data internet percuma 1GB bagi hampir semua aktiviti harian,termasuklah bagi pembelajaran, bekerja dari rumah, pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan Kerajaan serta swasta,

Dalam Ucapan ​​Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada  28 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan;

“​​​​Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021. Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Celcom

Terdapat 2 cara untuk claim data internet percuma 1GB iaitu melalui aplikasi CELCOM LIFE dan secara manual

Celcom Life

Pertama – anda kena download aplikasi Celcom Life di telefon anda. Caranya ialah pada Google Play Store atau Apple App Store cari “Celcom Life” dan download.

Kedua – Register bagi pertama kali guna (perlu masukkan nombor telefon dan dapatkan nombor TAC). Sekiranya pernah guna aplikasi ini, hanya perlu login sahaja.

Ketiga – Apabila berjaya login, scroll bahagian bawah dan pilih Deal

Keempat – Scroll bahagian bawah dan pilih redeem 1 GB. Klik Redeem Now

Lihat video di bawah untuk penerangan lanjut

Manual

Dail *118* di telefon anda dan ikut arahan seterusnya

  1. Pilih nombor 1 iaitu “Akaun Saya”
  2. Pilih nombor 6 iaitu “Percuma 1GB”
  3. Pilih nombo 1 iaitu “Tebus” 
  4. Pesanan anda sedang diproses dan tekan “Dismiss”

Anda akan menerima mesej di inbox sekiranya berjaya tebus data 1GB percuma dari celcom

*sekiranya kurang jelas sila rujuk video di atas bermula minit 1:34

Digi

Bagi pelanggan Digi yang  claim data internet percuma, sila dial kod di bawah untuk menebus Free 1GB Internet (8am-6pm):

Postpaid: *238*88#

Prepaid: *128*88#

Maxis

Syarikat Telekomunikasi Maxis memaklumkan,  tawaran akan tersedia untuk semua pelanggan aktif Maxis dari 3 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021. 

Pas boleh ditebus setiap hari pada bila-bila masa dan sah untuk digunakan selama 24 jam (sebelumnya 8 pagi hingga 6 petang) melalui aplikasi Maxis, aplikasi Hotlink, Aplikasi Hotlink Postpaid, dan aplikasi Maxis Business.

Anda dinasihatkan download aplikasi di atas untuk memudahkan urusan claim internet masing-masing.

U Mobile

Pengguna U Mobile yang aktif boleh menebus data 1GB percuma ini sehingga 31 Disember 2021. Data ini  mesti ditebus melalui SMS.

Caranya ialah 

Tulis FREE1GB dan hantar ke nombor 28111

Unifi Mobile

Melalui aplikasi mobile@unifi di telefon mudah alih anda, klik “Buy Now!” di bawah tab ‘Data’.

Anda akan melihat pass yang terlulis “Free Daily 1GB”.

Klik “Free Daily 1GB” untuk claim pass percuma anda

Redone

Bagi perkhidmatan Redone, anda juga akan mendapat 1GB percuma sehingga 31 Disember setiap sehari bagi kegunaan  pendidikan, alat produktiviti kerja, dan juga melayari web am.

Untuk menebus 1GB PERCUMA anda:

Muat turun redONE 1App, pilih Add-Ons> Covid-19 1GB> Redeem

Atau dail * 123 #> pilih 5 COVID-19: 1GB> pilih 2 REDEEM

Kenyataan Media SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Mengenai 1GB Data Internet Percuma Bagi Rakyat Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!