Thursday, June 30, 2022
HomeSemasaBantuan Khas Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Kerajaan Selangor 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Kerajaan Selangor 2022

Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000. 

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bantuan khas tersebut adalah bagi menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.

Beliau berkata bantuan tersebut turut merangkumi pemberian kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ini akan membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April nanti.

Amirudin berkata kerajaan negeri juga bersetuju agar bayaran khas kewangan yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor berjumlah RM1,000, dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor.

“Bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs), sebanyak RM500 juga diperuntukkan kepada mereka iaitu insentif ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (nazir, imam, siak dan bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini, yang akan disalurkan melalui inisiatif khidmat sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!