Sunday, October 1, 2023
HomePengeluaran Khas KWSPSemakan Status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Lulus atau Diterima

Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Lulus atau Diterima

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP pada awal bulan yang lalu pasti tidak sabar ingin membuat semakan Pengeluaran Khas KWSP.

Ada yang mohon maksimum 10K, dan ada juga yang kurang daripada itu. Mungkin kerana baki dalam akaun KWSP tidak mencukupi.

Pastinya ramai pemohon yang berharap agar permohonan KWSP ini diluluskan.

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Ahli boleh buat semakan status kelulusan di portal kwsp melalui link berikut;

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Status Permohonan ini hanya boleh disemak mulai mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli) https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Status KWSP “Permohonan Anda Telah DiLuluskan”

Ramai yang sudah membuat semakan terkini di laman portal KWSP.

Alhamdulillah, ramai yang terima status “Permohonan Anda Telah DiLuluskan” sebagaimana di bawah

Permohonan anda Telah diluluskan Pengeluran Khas

Tarikh pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini adalah berdasarkan kepada tarikh yang tertera pada status kelulusan permohonan anda.

Untuk makluman, bayaran ini dikreditkan secara secara berperingkat.

Bagi ahli yang membuat permohonan lewat, kebarangkalian tarikh bayaran juga adalah lewat.

Status Permohonan Anda Telah Diterima

Untuk yang masih terima status “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA”, boleh cuba semak melalui i-Akaun KWSP.

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Cara semakan;

1. Log in i-akaun

2. Klik pada bahagian withdrawal/pengeluaran.

Ia akan memaparkan sejarah pengeluaran dan status permohonan terkini sebagaimana contoh di bawah.

Status Permohonan KWSP diluluskan melalui i-Akaun

Status Permohonan Masih Lagi Diterima

Sekiranya kedua-dua kaedah di atas masih belum berjaya, jangan khuatir kerana permohonan anda dalam proses semakan kelulusan.

Menurut KWSP jika status anda masih lagi Purple (Permohonan Anda Telah DiTerima) ia bermaksud diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat.

Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas

Jika Status Anda Masih lagi seperti di bawah

Maksud Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Bagi status permohonan yang tiada dalam rekod pula, KWSP memaklumkan agar semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

Sekiranya pemohon mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Kenapa Ada Lulus dan Tidak Lulus?

Menurut KWSP, semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Rasa tak sedap hati lak sebab ada lulus dan tak lulus - Nungkrang nangkring

Kelulusan Pengeluaran Khas

Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan no 2, 3 4 dan 5 FAQ

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Tarikh Bayaran

[TERKINI] Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan pembayaran Pengeluaran Khas di awalkan pada 18 April 2022 (ISNIN) berbanding tarikh sebelum ini iaitu 20 April 2022 (Rabu).

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.”

Menurut Tengku Zafrul lagi, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.

Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri anda sekalian lebih bermakna pada tahun ini.

Cara Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Permohonan Pengeluaran Khas

Bagi mereka yang belum membuat permohonan ini, masih boleh memohon sehingga 30 April 2022.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Untuk makluman, Permohonan Pengeluaran Khas hanya dibenarkan sekali sahaja. 

Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Pemohon tidak perlu;

  1. Mengakses i-akaun
  2. Mengunjungi kiosk
  3. Mengunjungi cawangan
Permohonan Pengeluaran Khas hanya melalui pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Penukaran Nombor Telefon TAC/OTP KWSP

Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC/OTP hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. 

Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.

Namun, jika nombor telefon terkini yang digunakan belum berdaftar dengan KWSP, anda masih boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Khas melalui portal: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dengan menjawab soalan keselamatan yang disediakan.

Sebagai makluman tambahan, Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui portal yang disediakan (tanpa perlu menjawab soalan keselamatan) selepas 24 jam dari masa pengemaskinian nombor telefon di kios/kaunter KWSP. Tempoh permohonan dibuka dari 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan pengeluaran khas KWSP ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Semakan Kelulusan Permohonan Khas boleh dibuat?

Mulai 9 April 2022 (Sabtu)

Bagaimana cara semakan status kelulusan?

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Apa Maksud Permohonan Anda Telah Diterima?

Bermaksud permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat

Apa Maksud Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod?

Maksudnya Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

Bilakah Tarikh Bayaran Akan dibuat?

Menurut Tengku Zafrul, bagi mereka yang mula memohon pada awal April, boleh check akaun masing-masing bermula 18 April 2022.

Namun kalau belum masuk lagi, jangan risau Insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat.
 
Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri anda sekalian lebih bermakna pada tahun ini.

Bila tarikh akhir permohonan KWSP 10K?

30 April 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!