Friday, October 7, 2022
HomePengeluaran Khas KWSPPengeluaran Khas KWSP Login https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Pengeluaran Khas KWSP Login https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Permohonan Pengeluaran Khas sudah dibuka di laman portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ 

Sebelum membuat permohonan, KWSP menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022. (sudah dibuka)

Panduan Permohonan

Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP

Ini cara dan panduan memohon;

1.   Layari laman portal Pengeluaran Khas KWSP & Klik Mohon Sekarang.

2.   Isi Nombor MyKad/MyPR & Nombor Telefon Bimbit.

3.   Tekan Teruskan dan sahkan identity anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

4.   Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.

a.   Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.

b.   Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN dengan menaip amaun pilihan

5.   Tekan Teruskan.

6.   Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, Tekan TERUSKAN.

7.   Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan syarat perakuan dan tandakan / sebelum tekan HANTAR. Selesai!!!

Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022 (sebulan).

Syarat Kelayakan

Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP
  1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Semakan Status Permohonan

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Cara Bayaran Pengeluaran Khas

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  3. Kios KWSP

Pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Sumber: Portal Pengeluaran Khas KWSP

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Pautan (link) Pengeluaran Khas KWSP?

pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Apakah Syarat Permohonan

1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bilakah Tarikh Bayaran?

Mulai 20 April 2022

Bagaimana cara Pembayaran?

1. Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
2. Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Bilakah Semakan Status Permohonan Boleh Dibuat

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!