Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan April 2022

[Kemaskini] Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan April 2022 ini.

Beberapa bantuan akan diberikan pada bulan April ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat ketika negara menuju era endemik bermula 1 April 2022.

Bantuan-bantuan penting seperti Pengeluaran KWSP, BKM, Biasiswa, Bantuan PKS dan sebagainya amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan April 2022 ini

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan April 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP bermula 1 April 2022, Bayaran Mulai 20 April

Pengeluaran Khas ChatBot Elya KWSP

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM10,000 dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Sebelum membuat permohonan, KWSP menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

Semakan baki secara online boleh dibuat melalui portal KWSP;

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Syarat Kelayakan bagi pengeluaran khas adalah sebagaimana berikut; 

Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP
Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan pula seperti berikut;

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment). Ia  akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Permohonan Bantuan Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dibuka Pada 15 April 2022

BERNAMA - Permohonan Pakej Perantisiswa Dibuka Pertengahan April 2022

Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula pertengahan April depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 15 April melalui portal https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Mereka yang layak untuk mendapat bantuan tablet ini adalah dari kalangan Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Pembayaran Bantuan Hari Raya I-Fitri Pada Pertengahan April

Khas buat rakyat Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan Bantuan Hari Raya i-Fitri kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan pada tahun 2022.

i-Fitri merupakan bantuan hari raya khas buat rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi membantu rakyat negeri ini dalam menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun  2022.

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam belanjawan 2022 pada tahun lalu.

Terdapat 2 kategori bantuan ini iaitu;

  • Kategori A : Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500
  • Kategori B : Pendapatan isi rumah antara RM 2,501 – RM 5,000

Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada 128,450 isi rumah miskin.

Manakala RM250 pula kepada 20,250 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

Permohonan bantuan ini telahpun ditutup pada 31 Mac 2022.

Bantuan Hari Raya i-Fitri Negeri Terengganu 2022

Pembayaran dijangka bermula seawal 17 April sehingga 23 April di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pemohon yang berjaya akan menerima baucer melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.

Bantuan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 Ditutup Pada 14 April 2022

Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2022

Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan Biasiswa MyBrainSc kepada warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa.

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Terdapat 4 bidang pengajian di bawah biasiswa ini iaitu;

  1. Fizik
  2. Biologi
  3. Kimia
  4. Matematik

​​Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/

Maklumat lanjut boleh dilayari di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP Bagi Tahun 2022 adalah 22 April 

Iklan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan kepada calon yang berkelayakan bagi memohon tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam.

Terdapat 17 bidang pendidikan yang layak dipohon antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Matematik, Geografi dan lain-lain.

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP ini terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan bagi Universiti Awam sahaja.

Mereka yang berkelayakan boleh memohon secara dalam talian (online)  melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Sebagai peringatan, pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Untuk panduan khusus permohonan sila lihat pautan berikut;

https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/PANDUAN.pdf

Bidang-bidang Yang Layak Memohon:

  1. Bahasa Melayu (termasuk Kesusasteraan Melayu)
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Moral
  7. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  8. Pendidikan Seni Visual
  9. Pendidikan Khas
  10. Dini (Medium Pengajaran Dalam Bahasa Arab)
  11. Matematik
  12. Sejarah
  13. Geografi
  14. Reka Bentuk Dan Teknologi
  15. Bimbingan dan Kaunseling
  16. Teknologi Elektrik dan Elektronik
  17. Teknologi Automotif

Sebarang maklumat lanjut berkaitan biasiswa boleh e-mel ke [email protected]  atau hubungi di talian 03-83217154.

22 April 2022 Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

Iklan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian melalui Zakat Pulau Pinang untuk tahun 2022 mulai 23 Mac yang lalu.

Permohonan Bantuan Dermasiswa ini akan ditutup pada 22 April 2022 (Jumaat).

Calon berkelayakan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) boleh mendapatkan agihan zakat pendidikan ini.

Syarat-syarat umum bantuan adalah sebagaimana berikut;

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  4. Tidak menerima bantuan tajaan, pembiayaan, biasiswa atau pinjaman/pinjaman boleh ubah dari mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://zakatpenang2u.com/

Pemohon perlu mendaftar akaun bagi mereka yang pertama kali ingin log masuk ke portal.

Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

23 April Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ

Iklan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan Bantuan Pendaftaran ke IPT bagi tahun 2022 untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Skim bantuan pendaftaran  ini merupakan antara skim bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh YPJ buat anak-anak negeri Johor.

Anak-anak Johor yang berkelayakan bolehlah mohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka mulai 11 April 2022 dan ditutup pada 23 April 2022 (Sabtu).

Kadar bantuan yang diberikan adalah sebagaimana berikut;

  • Diploma – RM500
  • Ijazah Sarjana Muda – RM1000

Pemohon boleh membuat permohonan dengan klik di pautan berikut;

https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman  PTPTN Sehingga 15%  Ditutup  30 April 2022

Insentif Bayaran Balik PTPTN Bajet 2022

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Menurut PTPTN, Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN iaitu

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

Anda juga boleh menghubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

30 April 2022 Tarikh Tutup Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat Kerajaan Negeri Sembilan

Program Rumah Harapan Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.

Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan berikut:

https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan

Borang Permohonan-

Borang Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) 2022Download

Borang permohonan ini juga boleh diperolehi secara percuma  di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.

Borang dan dokumen yang lengkap perlu diserahkan ke alamat berikut;

Perbadanan Kemajuan Negeri,
Negeri Sembilan Bahagian Pembangunan Strategik 23-H,
Tingkat 1, Jalan Zaaba 70100,
Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Tel : 06-7616871 (2 Lines) Faks: 06-7616877 

RUMAH HARAPAN RAKYAT TAHUN 2022

Untuk info lanjut sila hubungi maklumat berikut;

30 April Tarikh Tutup Permohonan Skim i-Push Pahang

𝗥𝗠𝟮𝟬 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗜KRO Pahang i-Push

Skim i-PUSH merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta. 

Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000 berdasarkan syarat-syarat kelayakan (tertera di bawah) . Selain, tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Permohonan dibuat secara online melalui laman portal berikut;

https://smu.pahang.gov.my/mohon.php

*Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda sebelum membuat permohonan dan tekan “Enter”

Pemohon Skim I-PUSH boleh merujuk Panduan Permohonan Skim I-PUSH yang dimuat naik di portal rasmi https://smu.pahang.gov.my  bagi mendapatkan maklumat lanjut. 


Scroll to Top