Permohonan Rumah Idaman Selangor. Rumah Mampu Milik Rakyat

Berita baik buat rakyat Selangor!! Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari  telah melancarkan Rumah Idaman Selangor khas buat rakyat negeri ini.

Dengan kerjasama MGB Berhad dan LBS Bina Group, rumah idaman akan dibina khas untuk rakyat yang bekerja serta tinggal di Selangor dan yang ingin pertama kali ingin memiliki rumah.

Apa itu Rumah Idaman Selangor?

Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Lokasi

Terdapat 6 buah projek di beberapa lokasi strategik dan yang sedang pesat membangun iaitu;

  1. Bandar Saujana Putra
    • Idaman BSP
  2. Shah Alam
    • Idaman Cahaya
  3. Puchong
    • Idaman Sari
  4. Cybersouth Sepang
    • Idaman Kita
    • Idaman Melur
  5. Bandar Puncak Alam
    • Idaman Perdana

Tidak kira di mana lokasi rumah Idaman anda, kerajaan negeri telah memastikan yang ia mudah diakses melalui lebuhraya utama dan dilengkapi pelbagai kemudahan berdekatan seperti;

  • Hospital
  • Sekolah
  • Universiti
  • Kemudahan pengangkutan awam
  • Pusat membeli belah dan pasaraya besar
  • Dan lain-lain

Harga Rumah

Rumah Idaman Selangor di tawarkan pada harga mampu milik iaitu RM250,000 

Kemudahan dan Kelengkapan

Setiap unit Rumah Idaman Selangor mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi bersama dua parkir kenderaan.

Ia turut disertakan dengan kelengkapan berikut;

  • 1 unit televisyen beserta kabinet televisyen
  • 1 unit peti sejuk 
  • Sebuah kabinet dapur 
  • 3 unit penyaman udara
  • 2 unit pemanas air dalam setiap bilik air 
  • 3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur
  • 1 Unit TV
  • 2 ruang parkir
  • 2 Unit pemanas air
  • 3 bilik tidur dan almari
  • 3 Unit Penyaman udara
  • Kabinet Dapur & Peti sejuk

Dengan reka bentuk yang praktikal rumah idaman menawarkan nilai yang berpatutan bagi pemilik rumah pertama.

Jika anda tidak dapat hadir ke rumah contoh,  pihak developer menyediakan tinjauan rumah secara realiti maya di www.mgbgroup.com.my 

Cara Memohon

Permohonan pemilikan rumah Idaman adalah tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan pemohon perlu memohon di laman sesawang LPHS di;

https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/

Laman web LPHS Daftar pengguna baru

Klik pada butang daftar pengguna baharu dan seterusnya akan keluar maklumat di bawah.

Borang Pendaftaran LPHS

Sebelum mendaftar pastikan anda membaca garis panduan di bawah terlebih dahulu.

Garis Panduan Permohonan

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Sumber: Portal Rumah Idaman Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top