Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 2022

Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Ia bertujuan bagi meringankan beban ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak istimewa (OKU).

Mereka yang berkelayakan akan diberikan bantuan bersifat one-off sebanyak RM5000 setahun bagi memenuhi keperluan kehidupan anak-anak OKU.

Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon Bantuan ANIS ini, sila teliti beberapa maklumat berikut agar permohonan anda dapat dipertimbangkan.

Apa itu Bantuan ANIS Selangor

Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)  boleh dibuat mulai 17 Mei dan dilanjutkan sehingga 7 Jun 2022 (Selasa) jam 5 petang.

Pelanjutan Penghantaran Bantuan Khas Anis

Jenis Bantuan Yang Diberikan

  1. Makanan/keperluan tambahan*
  2. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  3. Ubat-ubatan*
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)

* berdasarkan preskripsi doktor sahaja

Syarat dan Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  3. Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah; DAN
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  5. Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; ATAU
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);

*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

Jumlah Bayaran

Mereka yang berkelayakan akan diberi bantuan yang bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
  6. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  7. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Cara Memohon

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan di atas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis 
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

    Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
    40000 Shah Alam, Selangor.
  4. Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang
  5. Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan

Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui pautan berikut;

https://kidcare.my/anisdocs/Borang%20Bantuan%20ANIS_2022-1.pdf

Cara Pembayaran

  1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    • Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    • Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    • Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.
  2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
    • Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    • Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    • Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

Semakan Permohonan ANIS

Bagi semakan untuk permohonan ANIS, sila layari laman berikut:

http://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php

  1. Masukkan no kad pengenalan tanpa tanda sengkang ‘-‘
  2. Tekan bukan semak.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan lazim berhubung Bantuan Khas Anak Selangor (ANIS) adalah seperti berikut;

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

Jawapan: Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

Jawapan: Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke [email protected].

Maklumat  lanjut mengenai soalan lazim Bantuan ANis boleh layari https://www.anisselangor.com/bantuananis 

Scroll to Top