Bagi memudahkan urusan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut membuka kaunter rayuan BKM bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2022 selain daripada rayuan yang boleh dibuat secara online.
Perkhidmatan kaunter rayuan BKM ini dibuka di Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Setem / Urban Transformation Centre (UTC) di seluruh negara
Sebagai makluman rayuan BKM dibuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Semakan status boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut;
Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM 2022) Yang Perlu di Buat di Kaunter Rayuan BKM Secara Manual
LHDNM memaklumkan, tidak semua jenis rayuan boleh dibuat secara online. Ada beberapa kategori rayuan berdasarkan kod-kod berikut perlu hadir ke kaunter BKM bagi rayuan.
Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di nyatakan di bawah perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan).

Waktu Operasi Kaunter Rayuan BKM Di Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN
Berikut adalah waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak
LOKASI PREMIS LHDNM | WAKTU OPERASI |
Kaunter (Semenanjung Malaysia) | 09 Mei 2022 – 02 Jun 2022 8.00 pagi – 5.00 petang (Berdasarkan Hari Bekerja di setiap negeri) |
Kaunter (Sabah dan Sarawak) | 09 Mei 2022 – 07 Jun 2022 8.00 pagi – 4.00 petang (Isnin – Jumaat) |

Waktu Operasi Panggilan Telefon Hasil Care Line
Anda juga boleh menghubungi pegawai berkaitan melalui panggilan telefon 1-800-88-2747.
Waktu operasi adalah dari Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang.

Waktu Operasi Kaunter Hujung Minggu (Minggu Terakhir Rayuan)
Bagi memudahkan urusan, LHDNM turut membuka kaunter rayuan pada minggu terakhir rayuan.
Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat hadir pada hari-hari bekerja.
Pembukaan kaunter hujung minggu ini adalah pada 27, 28 dan 29 Mei sahaja.
Jadual waktu operasi pada hujung minggu (27, 28 dan 29 Mei 2022) adalah sebagaimana berikut:
LOKASI | TARIKH | WAKTU OPERASI |
Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor | 27 Mei 2022 (Jumaat) | 8.00 pagi – 4.30 petang |
Semenanjung Malaysia Serta Sabah & Sarawak | 28 Mei 2022 (Sabtu) | 8.00 pagi – 4.30 petang(Semenanjung Malaysia) 8.00 pagi – 3.30 petang(Sabah / Sarawak) |
Negeri Selain Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor Sabah & Sarawak | 29 Mei 2022 (Ahad) | 8.00 pagi – 4.30 petang(Selain Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor ) 8.00 pagi – 3.30 petang(Sabah / Sarawak) |
Jadual dan nota lengkap sila rujuk maklumat di bawah;

Info dan Pertanyaan Lanjut Mengenai Rayuan BKM
Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566 e-Mel: [email protected] Alamat Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |