Permohonan Anugerah Biasiswa Top Glove 2022. RM13,000 Setahun

Sukacitanya Yayasan Top Glove menawarkan biasiswa kepada para prasiswazah yang memenuhi syarat kelayakan bagi memohon Anugerah Biasiswa Top Glove bagi tahun 2022.

Anugerah Biasiswa Top Glove ditubuhkan dengan objektif menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa (prasiswazah). 

Anugerah pengajian sarjana muda dibahagikan kepada dua kategori; anugerah untuk universiti awam tempatan dan anugerah untuk universiti Taiwan terpilih.

Apa Itu Anugerah Biasiswa Top Glove?

Anugerah Biasiswa Top Glove adalah inisiatif daripada Yayasan Top Glove dimana mereka menawarkan biasiswa kepada pelajar ijazah sepenuh masa yang berkelayakan. 

Iklan Biasiswa Top Glove 2022

Nilai Biasiswa

Sekiranya permohonan diluluskan, para calon akan mendapat RM 13,000 setahun bagi biasiswa ini.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.
  3. Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.
  4. Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.
  5. Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegap
  6. Pemohon mestilah mendapat 9A dalam SPM untuk subjek berkaitan & CGPA 3.5 ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels.

Bidang Yang Ditawarkan

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

  • Kejuruteraan Mekatronik, Mekanikal, Kimia, Pembuatan, Elektrik dan Elektronik & Awam
  • Kimia/Bio Kimia/Fizik/Matematik
  • Sains Polimer/Sains Gunaan
  • Perakaunan, Perdagangan dan Kewangan
  • Statistik/Matematik
  • Pemasaran/E-Dagang
  • Ekonomi
  • Sains dan Teknologi Komputer
  • Sumber Manusia
  • Pentadbiran/Pengurusan Perniagaan

Cara Memohon

Pemohon boleh memuat turun (Download) borang dari laman web Top Glove melalui pautan berikut;

https://www.topglove.com/storage/TG%20Foundation%20form/TGF_ScholarshipForm_21062021.pdf

Atau klik juga pautan di bawah untuk dowlnoad.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke;

TINGKAT 21, MENARA SARUNG TANGAN ATAS,
16, PERSIARAN SETIA DAGANG,
SETIA ALAM, SEKSYEN U13,
40170 SHAH ALAM,
SELANGOR D.E. MALAYSIA.

Tel : +603-3362 3098
Faks : +603-3362 3860
E-mel : [email protected] 

*HANYA pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan/atau panggilan telefon.

Tarik Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022. Mohon sekarang sebelum terlambat! 

Maklumat Lanjut

Untuk menyemak cara permohonan dan segala maklumat lanjut tentang biasiswa ini, sila layari 🌐 https://www.topglove.com/tg-foundation-scholarship

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top