Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan PKSProgram Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) Sehingga RM500K

Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) Sehingga RM500K

Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan kemudahan pembiayaan untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang dikenali sebagai  Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK).

Tujuan program ini adalah mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki

Apa yang menarik mengenai pembiayaan ini ialah ianya tidak memerlukan cagaran dan jumlah pembiayaan adalah sehingga RM500,000.

Pembiayaan ini terbuka untuk Institusi Teknikal lain sama ada kerajaan atau swasta.

Apakah itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal PUTEK?

Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau ringkasnya PUTEK ialah kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Kemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  4. Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  7. Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  8. Perniagaan patuh Syariah
  9. Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-syarat Khusus

  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta

Had Pembiayaan

Pembelian mesin dan peralatan

  • Minima: RM3,000.00
  • Maksimum:RM500,000.00

Modal Pusingan

  • 3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terenda

Tempoh, Jaminan dan Kadar Keuntungan

Tempoh Pembiayaan1-5 tahun (12-60 bulan)
Jaminan / CagaranTIADA
Kadar Keuntungan0%

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal Sistem Permohonan Pembiayaan MARA berikut;

https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

Atau 

Permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Tarikh Tutup Permohonan 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK); 

Soalan lazim yang sering ditanya mengenai PUTEK adalah sebagaimana berikut;

Apakah itu PUTEK?

Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau ringkasnya PUTEK ialah kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Kemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.

Berapakah Had Pembiayaan?

Sehingga RM500,000 dalam bentuk pembelian mesin dan peralatan.

Bagaimana Cara Memohon?

Melalui portal MyUsahahawan
https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/ atau Permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Berapa Lama Tempoh Pembiayaan PUTEK?

1-5 tahun (12-60 bulan)

Apakah Terdapat Jaminan/Cagaran Bagi Pembiayaan PUTEK?

Tiada 

Berapa Kadar Keuntungan PUTEK?

0%

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?

31 Disember 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!